1,000 Penduduk Kembara Sakti Dipindahkan Sebagai Langkah Keselamatan

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Kira-kira 1,000 penduduk sebuah kampung di Kembara Sakti, Felda Sahabat 43 dipindahkan ke Sekolah Agama Rakyat, kira-kira lima kilomter dari perkampungan mereka sebagai langkah keselamatan dalam menghadapi ancaman militan Sulu.

Ketua kampung berkenaan Ramlan Junit berkata arahan supaya penduduk kampung mengosongkan kawasan kediaman mereka dan tidak menghampiri kawasan itu sehingga diarahkan, dikeluarkan polis petang Khamis.

"Kami ada dengar pelbagai cerita dan khabar angin mengenai pengganas datang ke kawasan ini. "Diharap keadaan kembali terkawal dan kami dapat pulang ke kediaman masing-masing," katanya ketika ditemui Bernama di sekolah itu di sini, Jumaat.

Akhbar hari ini melaporkan seorang suri rumah mendakwa ditawan empat militan itu di Kembara Sakti, Felda Sahabat 43 petang Khamis.

Ketika ditanya adakah penduduk kampung lain pernah terserempak dengan pengganas Sulu, Ramlan berkata sebelum ini suasana kampung itu aman dan tenang dan ini kali pertama pasukan keselamatan mengeluarkan arahan untuk berpindah.

Jelasnya rata-rata penduduk adalah pekerja ladang, petugas kilang kelapa sawit, peniaga dan tidak pernah terlibat dengan kegiatan berkaitan pengganas.

Seorang penduduk yang tidak mahu dikenali berkata apa yang dilakukan pasukan keselamatan ini patut dipuji kerana mementingkan keselamatan penduduk dan untuk mengawal sebarang unsur pencerobohan atau gangguan daripada pengganas Sulu.

Seorang pekerja kilang yang hanya mahu dikenali sebagai Ernawati, 28, berkata sebaik pulang dari kerja pada kira-kira 3 petang, beliau dan jirannya disuruh ke sekolah itu untuk penempatan sementara.

"Saya lihat ramai penduduk kampung berpusu-pusu keluar. Ada juga yang keluar dari kawasan ini dan menumpang di rumah saudara," katanya.

Difahamkan lokasi kampung itu terletak kira-kira 30 kilometer dari zon merah Operasi Daulat dan dikelilingi hutan tebal serta pokok kelapa sawit.

Turut kelihatan di lokasi pemindahan itu ialah sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang menghulurkan bantuan makanan kepada penduduk kampung. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan