Nama Dua Perajurit Terengganu Yang Terkorban Akan Diabadikan Pada Nama Jalan - Berita Semasa | mStar

Nama Dua Perajurit Terengganu Yang Terkorban Akan Diabadikan Pada Nama Jalan

Diterbitkan: Khamis, 21 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Kerajaan Terengganu akan mengabadikan nama dua perwira negara berasal dari negeri ini yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada nama jalan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata ia sebagai tanda memperingati jasa dan pengorbanan mereka iaitu Asistan Supritendan (ASP) Zulkifli Mamat dan Asistant Komisioner (ACP) Ibrahim Lebar.

"Kami akan menamakan jalan di tempat kelahiran mereka sebagai tanda peringatan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan RM50,000 masing-masing kepada keluarga kedua-dua perajurit itu di Kampung Kubang Ikan dan Jabi, Jerteh di sini, Khamis.

Ahmad turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri juga menawarkan pinjaman pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada kedua-dua anak Allahyarham Ibrahim yang sedang menuntut di sebuah universiti di Mesir dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat.

Balu Allahyarham Ibrahim, Rosiah Dahlan, 40, mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)yang telah banyak membantu keluarganya. "Saya sangat bersyukur kerana kerajaan negeri banyak membantu dan wang sumbangan tersebut akan saya gunakan untuk merealisasikan impian arwah yang ingin melihat ketiga-tiga anak saya berjaya.

"Sumbangan ini sangat bermakna untuk kami harungi kehidupan selepas kehilangan ketua keluarga yang menjadi tempat kami berteduh," katanya.

Ibu Allahyarham Zulkifli, Khatijah Ismail, 62, menerima sumbangan mewakili menantunya Noraziah Noor, 30, yang tidak dapat hadir kerana kurang sihat.

"Saya akan serahkan wang ini kepada isteri arwah, terpulang kepadanya sama ada untuk dibuat upah haji atau untuk kegunaan pelajaran anak-anak," katanya selepas menerima sumbangan daripada menteri besar. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan