Lahad Datu: Lapan Suspek Pengganas Sulu Didakwa Pada Rabu

Diterbitkan: Khamis, 21 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Seramai lapan orang dari selatan Filipina didakwa di Mahkamah Majistret sementara di sini pada Rabu kerana mempunyai kaitan dengan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Dua kes itu di bawah Kanun Keseksaan – Seksyen 21 k kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Seksyen 130 KA kerana kegaganasan, ia dibacakan kepada lapan warga Filipina di ibu pejabat polis daerah, di mana mahkamah tersebut didirikan, pada pukul 1 petang.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar mengetuai pendakwaan.

Keterangan itu dibacakan dalam bahasa Suluk dan Dusun.

Kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau.

Terdahulu, kawalan keselamatan ketat di ibu pejabat polis, di mana mahkamah sementara didirikan untuk mendakwa mereka yang disyaki terlibat dalam insiden pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, kira-kira 135 kilometer dari sini sejak 12 Februari lalu.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail tiba di Lahad Datu pada tengah hari, manakala para pemberita menunggu di mahkamah sementara berhubung dakwaan yang berkaitan dengan siasatan polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Somsa).

Setakat Selasa, sejumlah 107 orang ditahan di bawah Somsa dan 243 orang lagi ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dan Akta Jabatan Pendaftaran Negara.

Kebanyakan mereka ditahan di Lahad Datu, Semporna, Kunak, Sandakan dan beberapa bahagian di negeri ini.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan