Kerajaan Pusat Sentiasa Sedia Beri Bantuan Kepada SAR - Jamil Khir

Diterbitkan: Khamis, 21 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA NERANG: Kerajaan persekutuan sentiasa bersedia memberi bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh negara bagi mengurangkan beban kewangan yang ditanggung pentadbiran sekolah berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata bagi bantuan prasarana yang dipohon menerusi Kementerian Pelajaran dan Jabatan Perdana Menteri (JPM), bantuan dilihat mengikut keperluan sekolah dan bilangan pelajar.

Sekolah yang ada asrama juga akan diberi perhatian dan kerajaan akan meneliti bentuk bantuan berdasarkan permohonan dari semasa ke semasa, katanya kepada pemberita selepas Penyerahan Peruntukan Bagi Pembiayaan Makanan (Asrama)SAR Negeri Kedah di Sekolah Menengah Agama Al Khariah Pedu, dekat sini Khamis.

"Kita akan fikir saluran untuk bantuan kewangan dan inovasi baru seperti hari ini kita salur kepada Yayasan Gerak Fikir melalui Jabatan Perdana Menteri," katanya.

Pada majlis yang dirasmikan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, bantuan sebanyak RM654,450 diserahkan kepada 11 SAR iaitu bantuan bagi tempoh tiga bulan melibatkan 4,363 pelajar.

Bantuan itu disalurkan menerusi Yayasan Gerak Fikir yang ditadbir urus oleh Umno Negeri Kedah.

Jamil Khir berkata bagi SAR yang berdaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), soal bantuan tidak menjadi masalah kerana mereka akan mendapat bantuan tetap.

"Seluruh Malaysia banyak SAR daftar di bawah SABK. Di Kedah hanya ada 11 belum berdaftar. Ada ahli lembaga pentadbiran SAR tak faham dan memerlukan penjelasan kepada maklumat kepada pentadbiran SABK. Kita takkan ambil tanah mereka walaupun seinci (jika SAR berdaftar dengan SABK).

"Kita hanya mahu bantu dari segi prasarana. Paling kurang dapat meringankan beban pentadbiran sekolah terutama gaji guru yang sepadan dengan kelulusan dimiliki.

"Bagi lulusan universiti akan dibayar berdasar kelulusan mereka," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan