Inisiatif Berpaksi Rakyat Kunci BN Tawan Selangor - Mohd Zin

Diterbitkan: Khamis, 21 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Inisiatif berpaksikan rakyat yang dilaksana Barisan Nasional (BN) merupakan kunci untuk parti itu menawan semula Selangor pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.

Beliau berkata inisiatif itu memainkan peranan penting bagi BN mendapatkan semula kepercayaan rakyat di Selangor seperti dapat dilihat dengan prinsip 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' yang diamal kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak melalui konsep 1Malaysia.

"Kekuatan BN itu kekuatan 1Malaysia melalui 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan'. Apa sahaja yang kita dilakukan mesti untuk menawan kembali hati rakyat. Mesejnya jelas ... apapun perkara yang dilakukan mesti 'people-centric initiatives'.

"Bagi mendapatkan kepercayaan rakyat mesti ada sifat keprihatinan dan bila berjanji kita tunaikan. Kita tidak mahu menjadi seperti pembangkang cakap setinggi langit tapi tidak mampu tunaikan," kata beliau ketika berucap semasa melawat kawasan Parlimen Gombak di sini, Khamis.

Selain Parlimen Gombak, beliau turut melawat kawasan Parlimen Ampang untuk meninjau persiapan BN dalam menghadapi PRU ke-13 tidak lama lagi.

Mohd Zin berkata kerajaan pusat telah banyak berbincang dengan kerajaan Selangor bagi menyelesaikan masalah dan memberikan kemudahan baharu kepada rakyat di Selangor tetapi kedegilan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan sifat pembangkang yang suka mempolitikkan semua isu menjadi batu penghalang ke arah usaha berkenaan.

"Seperti isu air dapat diselesaikan dengan (pembinaan) Empangan Langat 2 tetapi Khalid masih berdolak-dalik," katanya.

Pada sidang media selepas lawatan beliau ke kawasan Parlimen Ampang, Mohd Zin berkata BN Selangor akan melancarkan manifesto khas berpaksikan kepentingan rakyat negeri itu.

"Kita masih dalam proses memurnikan manifesto kita untuk rakyat Selangor bagi memastikan manifesto ini dapat menawan hati rakyat Selangor selain mampu kita laksanakan, bukan seperti pembangkang yang tidak menganggap manifesto sebagai janji kepada rakyat.

"BN Selangor juga sedang giat meneliti janji kita kepada rakyat, kita mahu memastikan setiap janji yang kita nyatakan dapat ditunaikan. Selain itu kita juga menyemak keberkesanan program kita bagi memperkukuh usaha kita menawan kembali Selangor," katanya.

Mohd Zin berkata sehingga kini rakyat di Selangor menunjukkan keyakinan yang amat memberangsangkan kepada usaha BN itu, namun beliau mengingatkan jentera B Nsupaya tidak sekali-kali lalai dan cepat berpuas hati atau peristiwa pada 2008 berulang kembali. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan