Gangguan Bekalan Air di Petaling Pulih Tengah Malam Ini -Syabas

Diterbitkan: Khamis, 21 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air tidak berjadual di wilayah Petaling ekoran paip pecah di persimpangan Damansara Damai menuju Sungai Buloh semalam, dijangka pulih sepenuhnya tengah malam ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kerja-kerja membaiki paip itu selesai pada pukul 2.15 pagi tadi, dan bekalan air mula disalurkan pada 3 pagi.

Kawasan terjejas telah menerima bekalan air secara berperingkat dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya tengah malam ini, kata kenyataan itu.

Untuk bantuan atau pertanyaan, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) di talian bebas tol 1-800-88-5252.

Lebih 15,000 pengguna di Damansara Damai, Saujana Damansara, Kampung Baru Sungai Buloh, Kampung Sungai Buloh, Kampung Merbau Sempak, Kampung Paya Jaras, Kampung Kubu Gajah, Kampung Selamat dan Bandar Baru Bukit Rahman Putra, terjejas akibat kejadian paip pecah itu. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan