Umno Batu Pahat Sedia Bantu Mohammad Qaiyum Lanjut Pelajaran

Diterbitkan: Rabu, 20 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Umno Batu Pahat bersedia untuk membantu Konstabel Mohammad Qaiyum Aiqal, anggota komando VAT 69 yang cedera dalam pertempuran menentang pengganas di Kampung Tandou, Lahad Datu 1 Mac lalu untuk melanjutkan pelajaran beliau.

Ahli Parlimen Batu Pahat Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, beliau difahamkan anak muda berusia 22 tahun dan berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia itu berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Kita bangga dengan pengorbanan beliau yang sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan negara, sehubungan itu kita akan membantunya di peringkat awal untuk melanjutkan pelajaran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis menyambut kepulangan Mohammad Qaiyum Aiqal di rumah keluarganya di Kampung Bukit Kelicap di sini hari ini.

Majlis dihadiri oleh 500 penduduk kampung serta kawasan sekitar yang sabar menanti lebih empat jam kepulangan wira negara itu dari Hospital Tentera Lumut sejak pukul 2 petang.

Turut hadir Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad.

Mohd Puad yang juga Timbalan menteri Pelajaran berkata, semangat yang ditunjukkan oleh Mohammad Qaiyum Aiqal itu menjadi simbol patriotisme di kalangan anak muda di negara ini.

Dalam kejadian pada 1 Mac lalu, dua anggota komando VAT 69 terkorban manakala tiga lagi termasuk Mohamad Qaiyum Aikal cedera dalam pertempuran berdarah di Kampung Tanduo itu.

Sementara itu bapa kepada Mohamad Qaiyum Aiqal, Zolkifli Mohd Sidek, 57, berkata beliau bersyukur kerana anaknya selamat kembali ke rumah selepas berlaku pertempuran berdarah yang mengorbankan dua rakan sepasukan anaknya itu.

"Saya tidak akan halang kalau dia ingin kembali meneruskan tugasnya di Lahad Datu selepas ini, tetapi saya berharap dia akan sambung belajar kerana usianya yang masih muda," kata bapa kepada tujuh orang anak itu.

Lima daripada anaknya bekerja sebagai anggota keselamatan iaitu dua dalam pasukan polis termasuk Mohamad Qaiyum Aiqal, manakala tiga lagi dalam pasukan tentera, sementara dua masih bersekolah. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan