Suhakam Cadang Tubuh Tribunal Tangani Isu Hak Tanah Orang Asli/Asal

Diterbitkan: Rabu, 20 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengesyorkan agar sebuah tribunal ditubuhkan bagi menangani isu dan aduan berhubung tuntutan tanah Orang Asli dan Orang Asal negara ini.

Syor itu antara yang dicadangkan Suhakam melalui Inkuiri Nasional Hak Tanah Orang Asal/Asli yang ditubuhkan sejak Jun tahun lalu bagi mengumpul dapatan mengenai isu itu.

(Suhakam merujuk Orang Asli sebagai penduduk asal Semenanjung manakala Orang Asal sebagai penduduk asal Sabah dan Sarawak).

Pesuruhjaya Suhakam merangkap anggota jawatankuasa inkuiri, Jannie Lasimbang berkata tribunal yang dianggotai bekas hakim dan pakar dalam hak adat Orang Asli/Asal mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi isu termasuklah mencari penyelesaian serta pengadilan sesuai.

"Contohnya isu pewartaan tanah Orang Asli/Asal. Sejak tahun 1990 sehingga tahun 2010 hanya sebanyak 20,670.83 hektar yang telah diwartakan sebagai rizab OA (Orang Asli).

"Sebanyak 85,000 hektar lagi masih tertangguh dengan menghadapi pelbagai isu seperti pertindihan hak milik dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas membentangkan Hasil Dapatan dan Syor Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli di Malaysia di sini, Rabu.

Inkuiri itu juga mencadangkan agar penambahbaikan ke atas agensi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dalam tempoh terdekat memandangkan adanya aduan kelemahan agensi itu.

Inkuiri juga mengesyorkan agar ditubuhkan satu sumber kewangan untuk membolehkan khidmat pakar perundangan dalam isu tanah untuk mewakili mereka dalam rundingan.

Jannie berkata, laporan inkuiri nasional itu akan dimajukan kepada kerajaan selewat-lewatnya bulan depan.

"Orang Asli/Asal merupakan 13.8 peratus daripada populasi penduduk negara ini. Mereka sebahagian daripada kita malahan turut menyumbang dalam proses pembangunan negara.

"Kita tidak mahu proses pembangunan yang berlaku melanggar hak-hak mereka secara berterusan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan