SPR Bermesyuarat Dengan 21 Wakil Kementerian

Diterbitkan: Rabu, 20 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu mengadakan mesyuarat dengan 21 wakil kementerian, jabatan dan agennsi kerajaan dalam membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata SPR memerlukan bantuan mereka termasuk dalam penyediaan premis untuk urusan pilihan raya, menjaga keselamatan dan ketenteraman awam serta bantuan lain sekiranya berlaku bencana alam.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mempengerusikan mesyuarat itu, kata Kamaruddin dalam kenyataan media.

Wakil yang hadir termasuk dari Jabatan Peguam Negara, Polis, Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kesihatan, Jabatan Penerangan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Beliau berkata mesyuarat berkenaan akan disusuli mesyuarat di peringkat negeri oleh Pengarah Pilihan Raya Negeri bersama wakil kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan