RM7.6 Bilion Dibelanja Laksana Program NKRA Sepanjang 2012

Diterbitkan: Rabu, 20 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM7.6 bilion atau 58.2 peratus daripada RM10.997 bilion peruntukan bajet dibelanjakan sepanjang 2012 untuk melaksanakan pelbagai program yang digariskan di bawah tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), demikian menurut Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2012.

Tujuh NKRA itu ialah mempertingkat pencapaian pelajar (EDU), mempertingkat infrastruktur luar bandar (RBI), mempertingkat taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah (LIH), menangani kos sara hidup rakyat (COL), mempertingkat pengangkutan bandar (UPT), membanteras jenayah (CRI) dan membanteras rasuah (COR).

Menurut laporan tahunan yang dikeluarkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di bawah Jabatan Perdana Menteri itu, bajet tertinggi pada tahun lepas disalurkan kepada RBI dengan RM5,277 juta, diikuti dengan COL (RM3,490 juta), UPT (RM1,039 juta), LIH (RM432.9 juta), EDU (RM391 juta), CRI RM356.9 juta) dan COR (RM9.4 juta).

Di bawah NKRA menangani kos sara hidup rakyat, sebanyak 4.18 juta isi rumah meraih manfaat Bantuan Rakyat 1Malaysia berbanding 3.4 juta isi rumah yang disasarkan.

Di bawah NKRA itu, sebanyak 59 buah Kedai Rakyat 1Malaysia dibuka pada tahun 2012 berbanding 60 yang disasarkan manakala bagi Klinik 1Malaysia, 81 buah telah dibuka, melepasi sasaran pada tahun itu, sebanyak 50 buah.

Menurut laporan itu, bagi NKRA COR, sebanyak 19 kementerian daripada 25 kementerian yang disasarkan mendapat skor melebihi 90 peratus dalam Indeks Akauntabiliti Perolehan. Peratusan perbicaraan yang diselesaikan dalam satu tahun juga mencecah 75.5 peratus tahun lepas, berbanding 70 peratus yang disasarkan.

Bagi NKRA, satu daripada program yang dilancarkan ialah melatih dan membangunkan 1,000 orang usahawan wanita menjelang 31 Dis 2012. Bagaimanapun, ia melebihi sasaran iaitu berjaya melatih seramai 1,200 orang.

Sementara bagi usaha meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan isi rumah miskin, 2,010 telah memanfaatkan program itu berbanding 1,500 isi rumah yang disasarkan.

Bagi NKRA RBI, secara keseluruhannya ia mencapai sasaran yang ditetapkan. Misalnya dalam pembinaan jalan raya, jalan raya sepanjang 520km telah dibina di Semenanjung Malaysia tahun lepas berbanding 462km yang disasarkan, manakala di Sabah 555km jalan raya dibina (sasaran: 454.8km) dan di Sarawak jalan raya sepanjang 478km dibina (sasaran: 433.1km).

Pembekalan elektrik di bawah NKRA juga berjaya memanfaatkan 41,030 isi rumah di seluruh negara, berbanding dengan 39,442 isi rumah yang disasarkan, manakala bagi pembekalan bekalan air bersih, 187,567 isi rumah mendapat manfaat tahun lepas berbanding 201,192 isi rumah yang disasarkan.

Di bawah NKRA UPT, laporan itu mengatakan bahawa bilangan penumpang pengangkutan awam (waktu puncak pagi harian) pada tahun 2012 ialah seramai 334,598 orang berbanding enam juta orang penumpang yang disasarkan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan