MCA Ketengahkan Kira-Kira 70% Calon Muda Di Selangor - Donald Lim

Diterbitkan: Rabu, 20 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: MCA akan mengetengahkan hampir 70 peratus calon muda di Selangor pada pilihan raya umum ke-13, kata Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim Siang Chai.

Beliau berkata parti itu yakin untuk memenangi tujuh daripada 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dan tiga daripada tujuh kerusi Parlimen di negeri itu.

Pada pilihan raya 2008, MCA memenangi dua kerusi DUN iaitu Kuala Kubu Baru dan Sungai Pelek dan hanya satu kerusi Parlimen, iaitu Pandan di Selangor.

Lim berkata keyakinan parti itu untuk memenangi lebih banyak kerusi kali ini berikutan peningkatan keyakinan masyarakat Cina terhadap Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sokongan pengundi Cina nampaknya meningkat selepas sambutan Tahun Baharu Cina," katanya kepada pemberita di Pulau Ketam dekat sini selepas merasmikan Pusat Daerah Mengundi di perkampungan nelayan itu dan di Sungai Lima.

Lim berkata iklan televisyen sempena sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini yang memaparkan Najib memakai baju tradisional Cina dan memalu gendang adalah antara faktor yang meningkatkan keyakinan masyarakat itu kepadanya.

Dalam majlis pada Rabu, Lim turut menyampaikan cek bantuan kerajaan Persekutuan bernilai RM100,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Bin di Sungai Lima kepada guru besar sekolah itu, Keoh Lay Khuan.

Lim juga menyampaikan sumbangan cek bernilai RM100,000 daripada kerajaan Persekutuan kepada Jawatankuasa Pembangunan Kampung Bagan Pulau Ketam yang diterima Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Bagan Pulau Ketam Chia Mong Chun. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan