Lebih Banyak IPTS Diharap Tawar Program Pensijilan Tahfiz - Mashitah

Diterbitkan: Rabu, 20 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Lebih banyak institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) diharap dapat menawarkan program pensijilan tahfiz dalam usaha memberi lebih banyak peluang kepada mereka yang berminat serta dapat melahirkan lebih ramai profesional huffaz di negara ini.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata dengan menawarkan program itu, ia akan memberi nilai tambah kepada pelajar tersebut lebih-lebih lagi penghafaz al-Quran biasanya akan mempunyai peribadi yang lebih baik selain merupakan salah satu cara untuk menerapkan Islam dalam masyarakat.

"Orang yang menghafaz al-Quran ini sebenarnya lebih mudah untuk mempelajari disiplin ilmu yang susah dan berat kerana akal dia bersih dan untuk menghafal al-Quran dia ada syarat-syarat tertentu dan perkara-perkara yang perlu dijaga seperti pemakanan dan sebagainya jadi ia sedikit pun tidak membebankan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persetujuan (MoA) antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) bagi menyediakan program pensijilan tahfiz di universiti itu di sini, Rabu.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hassan Malek.

Mashitah berkata Uniten merupakan IPTS pertama yang bekerjasama dengan Jakim bagi mewujudkan program sedemikian, di mana sebelum ini Jakim juga bekerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selain mewujudkan Program Ijazah Sarjana Muda Quran Sunnah dengan Kepujian bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Beliau berkata Jakim juga sangat mengalu-alukan sekiranya mana-mana IPTS ingin bekerjasama melaksanakan pensijilan itu kerana hanya sijil tahfiz yang dikeluarkan Jakim sahaja yang diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Dalam pada itu Mashitah berkata walaupun terdapat begitu banyak Maahad Tahfiz Al-Quran yang ditubuhkan di negara ini, namun hanya 14 yang berdaftar.

Beliau berkata antara faktor yang menyebabkan mereka tidak berdaftar adalah tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti tidak menggunakan sukatan pelajaran dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Jakim.

"Itu yang jadi masalah bila pelajar tahfiz terpaksa minta derma, pergi waktu orang tengah makan, malam-malam, jual kalendar, jual kopi, ini menjatuhkan martabat mereka. Kalau nak dilatih berniaga pun saya tak rasa begitu caranya," katanya.

Sementara itu mengulas mengenai kenyataan parti PAS berhubung status syahid anggota dan pegawai keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah, Mashitah berkata PAS sememangnya selalu berdolak-dalik dalam mengeluarkan kenyataan, bergantung kepada keadaan politik semasa.

"Tiba-tiba saja mereka buat kenyataan yang berbeza, sebelum ini ada yang sebut tentang mati katak, sebelum ini macam-macam tiba-tiba katak boleh jadi syahid pula. Jadi saya nampak kenyataan yang diputar belit ini adalah semata-mata kerana meraih sokongan politik apabila melihat bahawa rakyat di bawah tidak bersetuju dengan pandangan mereka," katanya.

Sebelum ini Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam menyatakan bahawa anggota keselamatan yang terkorban di Sabah tergolong dalam 'syahid akhirat' kerana terkorban dalam mempertahan keselamatan nyawa, harta, keluarga, maruah dan kedaulatan negara, manakala Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib pula dilapor menyifatkan mereka sebagai 'syahid dunia'. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan