Kumpulan Adakan Protes Terhadap Kerajaan S'gor Kerana Tidak Penuhi Janji

Diterbitkan: Rabu, 20 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sekumpulan warga emas, ibu tunggal dan suri rumah berhimpun di Seksyen 7 di sini pada Rabu bagi mengadakan bantahan terhadap kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat yang didakwa gagal memenuhi janji pilihan raya.

Mengetuai protes itu ialah peguam Kamarudin Ahmad, yang mengambil inisiatif memfailkan beberapa saman terhadap kerajaan negeri kerana tidak melaksanakan janji-janji mereka pada pilihan raya umum 2008.

“Kami di sini untuk menuntut hak rakyat.

“Kerajaan Pakatan Rakyat membuat banyak janji. Rakyat mengharapkan janji-janji yang dibuat pada 2008 akan dipenuhi sebelum mereka membuat lebih banyak janji baru.

“Bagaimana rakyat mahu percaya pada janji-janji baru sekiranya janji yang lama pun tidak ditepati?” soalnya.

Saman itu melibatkan beribu-ribu penduduk di Selangor mengenai beberapa isu termasuk elaun untuk ibu tunggal, air percuma dan pemilikan tanah.

Tahun lepas, Kamarudin mewakili satu kumpulan 2,020 ibu tunggal, yang memfailkan saman bagi menuntut sejumlah RM10.9 juta elaun berikutan janji yang dibuat oleh Pakatan Rakyat dalam manifesto pilihan raya 2008.

Bulan lepas, beliau mewakili sekumpulan 1,001 warga emas, yang memfailkan saman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, yang mendakwa kerajaan negeri gagal untuk menyediakan setiap seorang daripada mereka polisi insurans Takaful sejumlah RM2,500 seperti yang dijanjikan dalam manifestonya.

Awal bulan ini, Kamarudin memfailkan semakan kehakiman bagi mewakili peneroka Kuala Selangor terhadap kerajaan negeri yang membatalkan janji tanah yang ditawarkan kepada mereka menerusi pentadbiran sebelum ini.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan