Kuin, Kerajaan Negeri Kedah Takut Dengan Bayang-Bayang Sendiri

Diterbitkan: Rabu, 20 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah yang diterajui PAS dan pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (Kuin) seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri apabila menggunakan khidmat Unit Amal PAS serta Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Kuala Ketil sebagai pengawal keselamatan pada satu majlis di kampus induknya, Selasa.

Kehadiran lebih 50 anggota Unit Amal dan MTD itu sepanjang Majlis Anugerah dan Jasamu Dikenang juga menunjukkan mereka takut dengan perjuangan petugas kolej universiti milik kerajaan negeri menerusi Bersih Kuin dalam memperjuang hak serta kebajikan mereka.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata tindakan pentadbiran tertinggi Kuin dan kerajaan negeri itu hanya berdasarkan andaian kononnya 10 petugas Kuin yang diberi surat tunjuk sebab bulan lepas ingin membuat kecoh pada majlis berkenaan.

"Mereka kata kumpulan petugas ini akan buat heboh semasa majlis ini berjalan. Itu andaian yang mereka buat sehingga membawa masuk Unit Amal PAS untuk buat kawalan, kononnya nak elak kekecohan tetapi sebenarnya tiada apapun yang berlaku.

"Lagipun jumlah petugas yang dilarang masuk hanya 10 orang, tetapi mereka bimbang dan takut sehingga ke tahap itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Himpunan Usahawan Kedah di sini, Rabu.

Beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana Kuin mempunyai unit keselamatan mereka sendiri yang mampu mengawal keadaan ekoran larangan terhadap 10 petugas menghadiri majlis berkenaan.

Katanya, selama ini Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang juga Pengerusi Kuin, mendakwa Umno menjadi dalang pelbagai isu yang melanda Kuin namun insiden semalam menyaksikan PAS sendiri mempolitikkan kolej universiti itu.

Ahmad Bashah berkata tidak keterlaluan jika dikatakan PAS mengamal budaya politik samseng dengan tindakan kasar Unit Amal dan MTD parti itu dalam kejadian berkenaan.

"Apakah kuasa yang ada pada kumpulan ini untuk bertindak demikian? Kalau dalam politik, seperti dalam ceramah, bolehlah mereka 'bertugas' tetapi Kuin adalah hak kerajaan negeri," katanya.

Difahamkan, petugas Unit Amal PAS dan MTD memakai ves dengan logo PAS ketika bertugas mengawal pergerakan petugas Kuin pada majlis yang dirasmikan anggota exco kerajaan negeri Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, mewakili Menteri Besar. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan