Kerajaan Iktiraf Dua Universiti Perubatan Di China - Liow

Diterbitkan: Rabu, 20 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Dua universiti perubatan di China iaitu Shanghai Jhiao Tong University School of Medicine dan Shanghai Medical College of Fudan University kini diiktiraf Kementerian Kesihatan di bawah Akta Perubatan 1971.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pengiktiran itu diberi selepas panel penilai akreditasi berpuas hati program perubatan di kedua-dua pusat pengajian terbabit memenuhi keperluan perkhidmatan perubatan negara ini.

"Dengan pengiktirafan tersebut, graduan dari kedua-dua institusi berkenaan tidak perlu lagi menduduki ujian kelayakan perubatan. Mereka boleh terus mendaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia dan mengamalkan profesion perubatan.

"Selain itu graduan dari kedua-dua institusi itu juga mempunyai peluang besar untuk kembali semula ke institusi-institusi tersebut bagi melanjutkan pengajian di peringkat kepakaran di masa akan datang," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Menurutnya pada masa ini terdapat 375 nstitusi pengajian perubatan yang diiktiraf oleh Majlis Perubatan Malaysia.

Sementara itu Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Jabatan Perkhidmatan Awam kini mengiktiraf ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan tradisional Cina dari Guangzhou University of Chinese Medicine dan Tianjin University of Traditional Chinese Medicine.

"Sejajar dengan perkembangan perubatan tradisional dan komplementari di Malaysia, tahun ini kerajaan akan menawarkan dua biasiswa untuk pengajian peringkat sarjana dalam bidang akupunktur anestesia pembedahan di universiti di China," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan