Taib Nafi Sepupu Pengantara Tanah

Diterbitkan: Selasa, 19 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menafikan dakwaan sepupunya bahawa mereka adalah pengantara untuk kontrak pembalakan di negeri ini.

Taib, yang mengulas mengenai video yang dihasilkan oleh kumpulan pencinta alam sekitar, Global Witness, atas tuduhan rasuah dalam urus niaga tanah di Sarawak, berkata:

"Saya telah melihat apa yang dikatakan bukti. Bolehkah ia menjadi seseorang yang cuba untuk mempromosikan diri mereka untuk menjadi agen bagi mendapatkan kepentingan daripada saya?

"Saya fikir mereka agak nakal menggunakan kuasa besar mereka bagi memburukkan nama saya." kata Taib ketika ditemubual oleh wartawan bebas Liza Bong yang menyiarkan rakaman video wawancara di YouTube.

Taib menafikan beliau terlibat dalam penjualan hak tanah adat seperti yang didakwa dalam video tersebut dan menegaskan bahawa ketika beliau menjadi menteri dan bertanggungjawab dalam soal perhutanan pada tahun 1980-an, beliau telah membuat pengisytiharan awam berhubung perkara itu.

"Saya telah membuat pengisytiharan awam bahawa saya tidak mengambil sesiapa sebagai perantara kerana saya tidak percaya dengan tawaran dan segala-galanya perlu dilakukan mengikut prosedur kerajaan."

Video 16 minit, yang dirakamkan dengan kamera tersembunyi, memaparkan seorang lelaki (penyiasat) yang telah dihantar ke Sarawak tahun lepas, dengan menyamar sebagai "pelabur asing" yang ingin membeli tanah untuk mengusahakan ladang kelapa sawit.

Ditanya mengenai tuntutan sepupunya dalam video bahawa beliau mudah didekati berhubung tawaran tanah, Taib berkata:

"Adakah anda kenal sepupu tersebut? Adakah anda tahu apakah hubungan antara bapa mereka dengan saya?"

"Kami bertelagah pada suatu ketika," katanya sambil menambah bahawa sepupunya itu bukanlah orang yang paling dipercayainya.

Beliau mengulas perbualan Norlia Abdul Rahman dan Fatimah Abdul Rahman dalam rakaman video Global Witness mengenai satu urusaniaga tanah.

Norlia dan Fatimah adalah anak perempuan Tun Abdul Rahman Yaakub, bekas ketua menteri Sarawak yang juga bapa saudara Taib.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan