PRU-13: Phahrolrazi Dihalang Beri Ceramah

Diterbitkan: Selasa, 19 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi 'terkunci' di dalam perkarangan sebuah sekolah agama selama dua jam untuk menghalang beliau daripada berucap pada satu ceramah.

Phahrolrazi berkata, beliau dalam perjalanan ke tempat ceramah di Kampung Kabu yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak apabila pengetua Sekolah Agama Nahdah Bukit Besar menghubunginya untuk berhenti di sekolah tersebut.

"Sebaik saja kereta saya memasuki perkarangan sekolah, mereka mengunci pagar dan saya sedar bahawa saya tidak dapat keluar," katanya.

Beliau kemudiannya menuju ke kantin sekolah di mana pengetua sekolah Ustaz Nasir Othman cuba menghalangnya daripada meneruskan ceramah.

Ustaz Nasir merupakan ahli jawatan PAS bahagian Jerai di mana Azizan adalah pengerusinya.

"Dia mendakwa terdapat kumpulan pesaing di tempat ceramah dan oleh itu dia tidak mahu sesiapa saja melakukan sesuatu kepada saya. Saya cuba untuk meninggalkannya beberapa kali tetapi dia memberitahu saya supaya jangan pergi dan dia berbuat demikian kerana ingin melindungi saya. Dia amat mesra tetapi persoalannya adalah saya dihalang keluar sehingga dua jam kemudian," katanya.

Apabila Phahrolrazi menghubungi penganjur ceramah mengenai masalahnya dan mereka menghantar empat wakil ke sekolah tersebut untuk berbincang dengan Ustaz Nasir tetapi dia enggan membuka pintu pagar tersebut.

Beberapa penyokong Phahrolrazi mendakwa beliau diculik tetapi beliau menegaskan ia mungkin 'amaran mesra' untuk menghalangnya daripada memasuki kawasan Menteri Besar itu.

Penyokong Phahrolrazi berkata, mereka akan membuat laporan polis mengenai insiden itu.

Ceramah itu akhirnya dibatalkan kerana Phahrolrazi tidak hadir.

"MB merupakan pengerusi PAS bahagian Jerai tetapi saya adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah. Sesungguhnya saya bebas untuk berucap dalam mana-mana ceramah. Saya tidak menyalahkan Ustaz Nasir, saya percaya dia takut dengan bosnya," kata Phahrolrazi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan