PRU-13: Pembahagian Kerusi PR Hampir Selesai - Anwar

Diterbitkan: Selasa, 19 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) mengesahkan pembahagian kerusi di antara komponen parti itu (PKR-PAS-DAP) hampir selesai dan akan dikemukakan dalam masa terdekat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat PAS untuk bertanding di 76 kerusi Parlimen serta pertukaran kerusi antara PKR dan DAP di beberapa kawasan termasuk Johor.

"Pembahagian kerusi hampir selesai dan kita akan umumkannya dalam masa terdekat," katanya ringkas selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PR di ibu pejabat PAS Jalan Raja Laut pada Selasa.

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sebelum ini berkata parti itu mahu bertanding di 76 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Ini menguatkan lagi andaian bahawa parti itu sedang berusaha menjadi entiti paling dominan dalam Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Anwar dan pimpinan kanan DAP, Lim Kit Siang dilihat enggan mengulas lanjut bersabit pembahagian kerusi berkenaan dan dilihat terus beredar bersama pemimpin pembangkang yang lain.

Anwar dalam ucapannya pada sambutan ulangtahun ke-47 DAP pada Isnin mengumumkan Kit Siang bakal bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah milik PKR.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan