PRU-13: Anwar Gesa Tempoh Kempen 21 Hari

Diterbitkan: Selasa, 19 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjamin tempoh berkempen selama sekurang-kurangnya 21 hari pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Anwar berkata, tempoh tersebut wajar diperuntukkan oleh SPR demi memberi ruang kepada semua parti untuk memastikan mesej kempen mereka sampai kepada rakyat.

"SPR telah jamin sekurang-kurang 12 hari tempoh berkempen, namun atas semangat keadilan, sewajarnya diperuntukkan 21 hari," kata Anwar dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua ketika membentangkan laporan persidangan antarabangsa mengenai PRU-13 di sini pada Selasa.

Beliau juga menuntut capaian media arus perdana yang sama rata, sama ada di televisyen, radio, media cetak mahupun elektronik kepada semua parti yang bertanding dalam pilihan raya umum nanti.

"Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa mesti mengarahkan semua penjawat awam amalkan sikap berkecuali dalam pilihan raya.

"Penjawat awam yang bertugas dengan SPR dalam menguruskan pilihan raya perlu bersikap telus kerana mereka merupakan penentu kepada proses pilihan raya yang bebas dan adil," katanya.

Anwar menambah, penjawat awam perlu diingatkan bahawa gaji mereka dibayar menerusi hasil cukai dan kesetiaan mereka hanyalah kepada Yang di-Pertuan Agong dan negara.

"SPR harus mengendalikan tugas mereka melibatkan undi pos, undi awal, akses kepada pemerhati dalam dan luar negara serta pengurusan pegawai bertugas.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan