PKR Perak Pertikai Tindakan PAS Umum Nizar Calon DUN Changkat Jering

Diterbitkan: Selasa, 19 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak pada Selasa mempersoal tindakan PAS mengumumkan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri Changkat Jering yang sebelum ini ditandingi PKR.

Pengerusi PKR Perak Dr Mohd Nor Manuty berkata PKR bersetuju PAS bertanding di kerusi DUN berkenaan dengan syarat parti itu menggantikannya dengan kawasan DUN lain yang boleh menang.

Bagaimanapun, katanya sehingga kini keputusan masih belum dibuat berhubung perkara itu.

"Mengapa belum diputuskan secara rasmi, mereka telah buat pengumuman," katanya ketika dihubungi, Selasa.

Beliau menjelaskan daripada 59 kerusi DUN yang dipertandingkan di Perak, pembahagian kerusi antara pakatan pembangkang untuk ditandingi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) masih sama seperti PRU-12 pada 2008 iaitu PKR (20), PAS (21) dan DAP (18).

Semalam, Pesuruhjaya PAS negeri Abu Bakar Hussain dalam satu ceramah di Air Kuning mengumumkan Mohammad Nizar sebagai calon PRU-13 bagi DUN Changkat Jering.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohd Osman Mohd Jailu yang mewakili PKR menang di DUN Changkat Jering, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mat Isa Ismail dengan majoriti 1,102 undi.

Bagaimanapun, pada 2009, Mohd Osman memilih menjadi calon Bebas.

Mohammad Nizar kini mewakili DUN Pasir Panjang dan Parlimen Bukit Gantang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan