Pesara Kerajaan Hentam Kerajaan Tidak Kenang Budi - Cuepacs

Diterbitkan: Selasa, 19 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Cuepacs menyifatkan tindakan segelintir pesara kerajaan yang mengkritik pelbagai dasar kerajaan atas pentas politik bersama parti pembangkang sebagai tidak mengenang budi.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata sebagai pesara kerajaan kesemua 600,000 pesara itu sepatutnya bersyukur kerana hasil usaha kerajaan sedia ada mereka mampu hidup selesa dengan wang pencen.

"Bagi saya, mereka ini sepatutnya menyumbang idea kepada pembangunan negara, bukan mengkritik sistem yang ada, malah lagi teruk apabila berada di sebelah pembangkang.

"Janganlah disebabkan ada masalah peribadi ketika berkhidmat dulu, maka setelah bersara, mereka kini menghentam pelbagai dasar kerajaan dengan pelbagai tohmahan," katanya.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas majlis pelancaran skuad pengguna dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri Terengganu, Datuk Rosol Wahid di sini hari ini.

Ditanya mengenai tindakan sesetengah penjawat awam yang menjadikan laman sosial termasuk Facebook untuk menghina pasukan keselamatan yang kini terlibat dalam Ops Daulat di Sabah, Omar berkata pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tatatertib kepada mereka.

"Cuepacs tidak berkompromi dalam hal-hal seperti ini kerana setiap penjawat awam perlu bertanggungjawab atas setiap perbuatan mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan