Pencerobohan Di Lahad Datu Tidak Jejas Ketenteraman Lawas

Diterbitkan: Selasa, 19 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAWAS: Sebagai pekan di sempadan antara Sarawak, Sabah dan Brunei yang sentiasa sibuk, keadaan di Lawas, khususnya dari segi keselamatan, tentu sekali menjadi perhatian banyak pihak.

Kedudukannya di hujung bahagian timur laut Sarawak iaitu antara daerah Temburong di Brunei dan Sabah, menyebabkan Lawas seolah-olah tersisih daripada bahagian lain di negeri ini.

Malah, pekan ini lebih mudah dikunjungi dari Kota Kinabalu iaitu kira-kira tiga jam perjalanan dengan kenderaan darat.

Ketika kawalan keselamatan di kawasan sempadan diperketat dengan kehadiran Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Limbang, tinjauan Bernama di pusat pemeriksaan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) Merapok di sebelah Sarawak, kira-kira 35 km dari sini dan Sindumin (Sabah), mendapati keadaan di Lawas terkawal.

Penduduk tempatan kelihatan menjalani kegiatan harian seperti biasa kerana mereka berasa selamat dan yakin dengan langkah yang diambil pihak berkuasa untuk mengelak berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini di Lawas.

Keyakinan orang ramai tentang keadaan keselamatan di sini terbukti apabila mereka beramai-ramai mengunjungi Karnival Jalur Lebar 1Malaysia 2013 selama dua hari anjuran bersama pelbagai agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Taman Umum Lawas, hujung minggu lepas.

Tan Hau Heng, 72, dari Kampung Gaya Baru, Jalan Lawas Damit, sebuah perkampungan masyarakat Lun Bawang kira-kira tiga kilometer dari sini, kelihatan begitu tenang menghirup 'kopi O' di kedai kegemarannya, tanpa menghiraukan pelbagai khabar angin yang disebar pihak tidak bertanggungjawab tentang keadaan keselamatan di pekan itu.

"Kita memang selamat dan pasukan keselamatan pun sudah mencukupi," kata datuk kepada 20 orang cucu ini.

Kathleen Macdonald, ekspatriat warga Britain yang tinggal di rantau ini sejak 30 tahun lepas, pula berkata episod pencerobohan Lahad Datu bukan isu besar kerana ia terhad di satu kawasan kecil sahaja.

Walaupun mungkin tidak bercadang untuk melawat pantai barat Sabah yang terkenal dengan keindahan kawasan menyelamnya dalam tempoh terdekat, namun Kathleen dan beberapa rakannya dari Muara di Brunei, akan mengunjungi Kota Kinabalu selepas menyertai Lawas Hash Run - melalui pintu sempadan Meradong-Sindumin yang ditutup mulai 10 malam setiap hari.

Ketika membuat kesimpulan tentang keadaan yang berlaku, Menteri Kemudahan Awam Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Sari, berkata keselamatan negara melangkaui fahaman politik dan menjadi tanggungjawab setiap rakyat. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan