Pasar Raja Bot Di Chow Kit Bakal Lalui Pembangunan Semula RM200 Juta

Diterbitkan: Selasa, 19 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Muhyiddin Yassin (depan, dua kiri) tekun mendengar penjelasan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Baru, Naharudin Abdullah (kanan) mengenai gerai-gerai sementara di tepi Jalan Raja Bot selepas menyempurnakan Pelancaran Kerja-Kerja Pembinaan Semula Pasar Jalan Raja Bot, Chow Kit di Kuala Lumpur, Isnin. Turut kelihatan Raja Nong Chik dan Pegawai Penyelaras Barisan Nasional Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani (tengah). Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pasar Raja Bot yang begitu dikenali di Chow Kit di sini akan melalui pembangunan semula dengan peruntukan sejumlah RM200 juta, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin.

Muhyiddin berkata, projek itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memodenkan pasar sedia ada, yang diwujudkan pada tahun 1955, kepada ikon mercu tanda.

“Projek ini akan melibatkan 48,000 hekyat yang akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan di kawasan berkenaan,” katanya yang berucap pada majlis pelancaran projek itu di sini.

Beliau berkata, pasar baru itu dijadualkan siap sepenuhnya pada 2017 akan bercirikan seni bina Melayu, dengan menempatkan 1,527 peniaga sedia ada.

“Gerai-gerai yang lain akan ditawarkan kepada usahawan muda yang mahu menjalankan perniagaan,” katanya, sambil menambah bahawa bangunan bertingkat itu akan mempunyai 800 tempat letak kereta.

Beliau berkata, kawasan sementara akan diwujudkan untuk peniaga yang terjejas ekoran projek itu, yang akan berpindah ke pasar baru secara berperingkat.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan