Matlamat Transformasi Kerajaan Berjaya Dicapai - PM

Diterbitkan: Selasa, 19 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa membentangkan kepada rakyat Malaysia bahawa sebahagian besar matlamat transformasi kerajaan yang dirancang telah berjaya dicapai dengan keadaan taraf hidup rakyat semakin baik, ekonomi negara semakin makmur manakala keadaan kewangan kerajaan terus bugar.

Perdana Menteri berkata perancangan dan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) bukan sahaja membuktikan iltizam kerajaan terhadap falsafah pemandu negara 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, tetapi ia juga merupakan eksperimen paling berani yang pernah dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan di dunia dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan kepertanggungjawaban.

"GTP, ETP, NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara), NKEA (Bidang Ekonomi Utama Negara) dan EPP (Projek Permulaan), semuanya dirangka serta digubal bagi meningkatkan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia secara terancang.

"Sesungguhnya lagi, semua prakarsa ini, tidak lain dan tidak bukan, ialah langkah kerajaan untuk membolehkan setiap rakyat Malaysia mendapat akses kepada yang terbaik dalam kehidupan.

"Pekerjaan dengan pendapatan yang setimpal di mana, semakin tinggi kemahiran dan kepakaran yang dimiliki, semakin tinggi pula ganjarannya," katanya ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara di Auditorium Perdana, Angkasapuri, di sini malam Selasa, yang disiarkan secara langsung di RTM.

Najib berkata hasil perancangan teliti dan rapi serta pelaksanaan dasar-dasar pembangunan berkesan, Malaysia telah berubah daripada status negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi.

"Kita amat bersyukur bahawa Malaysia hari ini ialah manifestasi sebuah negara yang berjaya," katanya.

Katanya Malaysia juga ternyata bukti dan contoh sebagai sebuah negara yang amat progresif.

"Sejak kemerdekaan dan pada dekad-dekad awal, kerajaan telah menjadikan agenda membasmi kemiskinan, reformasi tanah, keadilan sosial, meningkatkan akses kepada setiap tahap pendidikan, perkhidmatan kesihatan untuk semua dan penjanaan kekayaan nasional sebagai agenda negara," katanya.

Beliau berkata selepas tiga tahun kerajaan memulakan inisiatif GTP, tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), antaranya NKRA menangani Kos Sara Hidup Rakyat telah berjaya membawa manfaat kepada kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah.

"Sebagai bukti keprihatinan terhadap permasalahan rakyat dalam menanggung kos kehidupan seharian yang semakin meningkat, kerajaan telah memperuntukkan RM37.8 bilion bagi membiayai pelbagai bentuk pemberian di mana sebanyak RM22.3 bilion untuk subsidi, RM873.5 juta untuk insentif dan RM14.6 bilion bagi bantuan," katanya.

Katanya jumlah itu merangkumi program Bantuan Rakyat 1Malaysia yang dilanjutkan dan diperluaskan kepada individu bujang, pemberian bantuan persekolahan RM100 atau baucar Sekolah 1Malaysia kepada setiap murid sekolah rendah dan menengah dan Baucar Buku 1Malaysia bagi setiap pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat tinggi di universiti serta kolej.

Katanya selain itu, pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia yang berjumlah 85 buah bagi membolehkan rakyat mempunyai alternatif untuk mendapatkan keperluan harian dan perkhidmatan dengan kos secara purata 20 hingga 40 peratus lebih rendah daripada harga pasaran dan sebanyak 168 Klinik 1Malaysia yang memberikan rawatan kepada lebih 6 juta rakyat dengan kos hanya RM1.

"Kita juga sedang melaksanakan inisiatif Kedai Buku 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA), Bantuan Tayar 1Malaysia, Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) dan Menu Rakyat 1Malaysia," katanya.

Katanya di bawah NKRA Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah, kerajaan berjaya mengurangkan kadar kemiskinan kepada 1.7 peratus dan usaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka yang berpendapatan rendah bukan sahaja akan diteruskan malah akan ditingkatkan.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan