Lim Kit Siang Ahli Politik "Touch n Go" - Chua

Diterbitkan: Selasa, 19 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan Lim Kit Siang sebagai ahli politik "touch n go" atau "singgah lalu" susulan keputusan veteran DAP itu untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Dalam kenyataan media yang dipapar pada laman sesawang parti, Dr Chua berkata berdasarkan rekod Lim, Anggota Parlimen Ipoh Timur itu tidak pernah lama mewakili satu-satu kawasan.

"Sebagai rakyat Malaysia, Lim berhak bertanding di mana-mana kerusi yang beliau mahu dan selaku pemimpin agung DAP, beliau juga berhak memilih kerusi yang beliau suka tidak kira beliau akan berkhidmat di situ atau tidak.

"Jika kita mahu menyatakannya dengan sopan, beliau merupakan ahli politik 'langgar lari', tetapi jika cakap kasar beliau ahli politik 'singgah lalu'," katanya.

Dr Chua berkata Lim bertanding sebanyak 10 kali, menang tujuh dan kalah tiga, namun persoalannya adakah beliau pernah berkhidmat kepada rakyat di kawasan yang dimenanginya.

Beliau juga menyelar DAP yang menggelar diri mereka sebagai parti pelbagai bangsa, namun hanya bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina seperti kerusi Gelang Patah.

Katanya jika benar DAP sebuah parti melangkaui bangsa, mereka sepatutnya berdepan calon handalan Umno, bukan menentang muka baharu yang muda di kawasan majoriti pengundi Cina.

"Justeru bagi saya walaupun DAP melaungkan slogan tidak amal politik berasaskan kaum, mereka sebenarnya mengamalkan politik perkauman.

"DAP bercita-cita tinggi, tetapi mereka tahu mereka tidak akan mampu menumbangkan Barisan Nasional di Johor, justeru mereka hanya mahu melaga-lagakan sesama Cina bagi menyingkirkan MCA," katanya.

Beliau turut meluahkan rasa bimbang kaum Cina akan kerugian kerana diperalat DAP. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan