Lahad Datu: PR Gesa PM Bubar Parlimen Jika Tidak Adakan Sidang Tergempar Parlimen

Diterbitkan: Selasa, 19 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada Selasa menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membubarkan Parlimen dalam tempoh tiga hari sekiranya beliau gagal memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membincangkan isu pencerobohan di Lahad Datu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata Najib perlu memanggil sidang Parlimen tergempar dalam tempoh 48 jam bagi membincangkan dengan semua ahli Parlimen mengenai insiden sebenar yang berlaku di Lahad Datu.

"Semua ahli Parlimen PR jamin kehadiran seratus peratus di pihak kami, sekiranya satu sidang tergempar dipanggil dalam tempoh 48 jam.

"Dalam masa yang sama, kita juga akan terus menggesa Parlimen adakan sesi perbahasan khas bagi membincangkan mengenai kematian 10 anggota pasukan keselamatan ketika bertugas menentang pengganas yang menceroboh Sabah.

"Parlimen adalah tempat yang paling sesuai untuk memberi penghormatan tertinggi kepada anggota keselamatan yang gugur," katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Majllis Pimpinan PR di ibu pejabat PAS Jalan Raja Laut pada Selasa.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat perlu bertanggungjawab terhadap hak anak-anak anggota keselamatan yang gugur ini serta memastikan mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Jelasnya, sidang tergempar Parlimen itu juga perlu bagi mengumumkan pendirian tegas Malaysia yang menolak tuntutan Filipina mahupun Kesultanan Sulu ke atas Sabah.

Pada masa yang sama, Kit Siang turut menggesa kerajaan berhenti membayar wang pajakan bernilai RM5,300 kepada Sultan Sulu yang didakwa tidak mempunyai negara.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Keselamatan bagi membincangkan dan memantau secara terperinci isu keselamatan di negara ini.

"Kita telah putuskan untuk tubuh Majlis Penasihat Keselamatan.

"Ia akan diketuai oleh jeneral-jeneral kanan dan pegawai kanan polis yang telah bersara. Mereka ini akan bersama-sama dalam majlis ini untuk memberi nasihat kepada pimpinan PR.

Ditanya sama ada beliau setuju sekiranya Suruhanjaya Diraja (RCI) ditubuhkan dalam isu pencerobohan Lahad Datu, Anwar berkata PR perlu melihat terma dan syarat serta rujukan mengenai kewajaran penubuhan RCI tersebut sebelum menyatakan pendirian mereka.

"Tempat yang paling baik adalah Parlimen. Kita juga sambut baik cadangan untuk adakan kertas putih, mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Lahad Datu.

Dalam pada itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan tidak boleh menyalahkan pembangkang terhadap apa yang berlaku di Sabah sebaliknya ia adalah kelemahan dan kealpaan pentadbiran kerajaan terdahulu.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan