KPT Bincang Dengan Penaja Pelajar Perubatan Isu Latihan Amali

Diterbitkan: Selasa, 19 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan berbincang dengan penaja biasiswa pelajar perubatan di Australia dan Indonesia untuk mencari penyelesaian berhubung isu pelajar Malaysia yang tidak dapat menjalani latihan amali.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata penaja biasiswa perlu memastikan semua pelajar perubatan tajaan mereka ditawarkan latihan amali supaya mereka layak bergelar doktor.

"Kita akan berbincang dengan penaja seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan pihak berkuasa bagaimana untuk mengatasi masalah ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Transformasi Politeknik Fasa Kedua di KPT di sini, Selasa.

Sebelum itu, Mohamed Khaled diminta mengulas laporan lebih 400 pelajar perubatan Malaysia di Australia tidak dapat menjalani latihan amali di negara itu.

Beliau menambah masalah pelajar perubatan Malaysia yang tidak dapat menjalani latihan amali telah dimaklumkan ketika lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat Gold Coast, Australia pada November tahun lepas.

Beliau berkata Malaysia juga tidak menawarkan pelajar perubatan asing untuk menjalani latihan amali di hospital awam di Malaysia berikutan kekurangan tempat di negara ini.

"Penaja biasiswa pelajar perubatan dan pihak universiti perlu berbincang untuk memastikan pelajar Malaysia yang belajar di luar negara mendapat penempatan untuk menjalani latihan amali.

"Seperti di Ireland, mereka (penaja dan universiti) berbincang dan memastikan semuanya tersusun," katanya.

Baru-baru ini, sekumpulan pelajar perubatan Malaysia di Australia menghantar petisyen kepada kerajaan Malaysia agar pelajar perubatan ini ditempatkan di universiti yang menyediakan latihan amali.

Petisyen itu turut memaklumkan bahawa lebih 400 pelajar yang mengikuti ijazah perubatan di Australia terpaksa pulang ke Malaysia untuk menjalani latihan amali berikutan kekurangan tempat di negara itu.

Dilaporkan juga pada tahun lepas, terdapat 200 pelajar perubatan dari Australia tidak menjalani latihan amali. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan