Konsortium Bina Terowong Dasar Laut Didakwa Boleh Untung RM0.27 Bilion

Diterbitkan: Selasa, 19 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Syarikat konsortium bagi pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang diandaikan boleh memperoleh keuntungan sehingga RM0.27 bilion menerusi kutipan tol untuk tempoh 30 tahun, kata Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan Barisan Nasional (BN) negeri Teh Leong Meng.

Beliau berkata andaian itu berdasarkan kiraan bayaran tol sebanyak RM10 yang akan dikenakan kepada anggaran 21.9 juta kenderaan yang akan menggunakan terowong setiap tahun, diandaikan sebanyak 60,000 kenderaan akan menggunakan terowong itu setiap hari.

"Dalam tempoh 30 tahun syarikat konsesi akan memperolehi pendapatan sebanyak RM6.57 bilion (berdasarkan kiraan 21.9 juta x RM10 x 30 tahun), kos pembinaan terowong ialah RM6.3 bilion, jadi syarikat konsortium boleh mendapat keuntungan sebanyak RM0.27 bilion.

"Menerusi andaian kiraan ini, ia menjadikan penggunaan tanah tebus guna seluas 44.51 hektar itu diberi secara percuma kepada syarikat konsortium tersebut," katanya dalam sidang media di sini, Selasa.

Dalam hal ini, katanya jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri tidak cekap dalam aspek pengurusan kerana sanggup mengenepikan keperluan dan kebajikan untuk rakyat.

"Kos untuk pembinaan terowong sudah lebih dari cukup untuk pembinaan lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat, pembinaan terowong bukan penyelesaian terhadap masalah trafik, kerajaan negeri sepatutnya meningkatkan tahap kecekapan pengangkutan awam.

"Selain itu kerajaan negeri juga sepatutnya menggunakan tanah yang ditebus guna itu untuk membina rumah mampu milik bagi membolehkan penduduk di bahagian pulau memiliki rumah sendiri," katanya.

Ketua Menteri Lim Guan Eng baru-baru ini mengumumkan pembinaan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion bagi menghubungkan Persiaran Gurney di pulau dengan Bagan Ajam di tanah besar, projek mega itu juga melibatkan pembinaan tiga lebuh raya utama.

Pembinaan projek itu diserah kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd iaitu syarikat tujuan khas yang dibentuk daripada lima syarikat - Zenith Construction Sdn Bhd, China Railway Construction (dua syarikat ini memegang keseluruhan 70 peratus ekuiti), Beijing Urban Construction Group (BUCG), Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd yang masing-masing memiliki 10 peratus.

Sementara itu, Teh mahu Ketua Menteri menghentikan membuat kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat khususnya berhubung tanah tambak di Seri Tanjong Pinang.

Beliau berkata BN tidak pernah menjual tanah seperti yang didakwa Lim sebaliknya ia hanyalah melibatkan pembayaran premium untuk tebus guna tanah di kawasan tersebut.

"Bagaimana beliau boleh dakwa kita jual tanah sedangkan tanah pun tidak wujud? Yang ada di kawasan berkenaan pada waktu itu adalah laut. Bila ia melibatkan laut, ia bukan penjualan tanah sebaliknya hanyalah pembayaran premium kepada kerajaan negeri untuk tebus guna tanah yang ditambak yang berharga RM1 satu kaki persegi," katanya.

Teh berkata tanah tambak itu juga tidak boleh dikira sebagai dijual kerana syarikat pemaju perlu menebus guna dan menanggung kos kerja penambakan tanah di laut.

Selain itu, katanya syarikat pemaju juga perlu menjelaskan beberapa kos lain termasuk bayaran premium untuk penjajaran tanah, subsidi kos pembinaan bagi rumah kos rendah dan kos sederhana rendah dan premium untuk tukar syarat.

Teh berkata kerajaan BN yang terdahulu bercadang membina rumah pangsapuri kos rendah dan pangsapuri kos sederhana rendah di kawasan Seri Tanjong Pinang. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan