Keputusan SPR Adakan Pilihan Raya Serentak Muktamad

Diterbitkan: Selasa, 19 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya negeri dan Parlimen serentak pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) adalah muktamad.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata keputusan itu dibuat setelah menimbang beberapa faktor yang perlu diambil kira termasuk menjimatkan duit rakyat.

"SPR akan tetap buat pilihan raya (negeri dan Parlimen) secara serentak...ini kerana jika dibuat secara berasingan ia akan melibatkan perbelanjaan yang besar, buang masa rakyat dan akan berlaku pembaziran," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke kawasan Parlimen Pekan di sini, Selasa.

Wan Ahmad berkata jika pilihan raya negeri dan Parlimen dibuat berasingan SPR terpaksa menanggung kos perjalanan dan proses pilihan raya yang sangat tinggi.

"Sebagai contoh, sebuah negeri kalau dia nak buat pilihan raya berasingan kos yang perlu ditanggung sekitar RM20 juta, kalau negeri yang banyak penduduk macam Selangor lagi tinggi kosnya iaitu dalam RM35 juta, jadi kenapa nak buat pilihan raya berasingan," katanya.

Sebelum ini beberapa negeri yang ditadbir pihak pembangkang berhasrat untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Parlimen pada PRU-13.

Dalam pada itu mengenai persiapan SPR di Pahang, Wan Ahmad berkata pihaknya telah bersiap sedia dari segi logistik termasuk menyediakan pengangkutan udara bagi mengendalikan peti undi dari kawasan yang jauh ke pusat pengumpulan undi.

"Di Pahang, SPR menyediakan pengangkutan udara di kawasan Rompin, Jerantut dan Cameron Highlands bagi mengangkut peti-peti undi dari kawasan yang terlibat.

"Ini berikutan jika menggunakan perjalanan darat ia mengambil masa hingga dua atau tiga jam untuk sampai ke pusat pengumpulan undi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan