Dua Kem PLKN Di Sabah Ditutup Sementara Waktu

Diterbitkan: Selasa, 19 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Dua kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Sabah iaitu Kem PLKN San Shui, Tawau dan Kem PLKN Bagai Budi, Sandakan ditutup sementara demi kepentingan pelatih.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata pelatih Kumpulan 2 Siri 10/2013 yang sepatutnya melapor diri di kem terbabit pada 30 Mac ini akan ditempatkan di kem lain.

"Seramai 142 pelatih dari Semenanjung yang telah ditempatkan di kedua-dua kem tersebut ditukar ke lima kem di Selangor dan Melaka," katanya dalam kenyataan, di sini pada Selasa.

Menurutnya surat mengenai pertukaran kem itu telah dihantar kepada pelatih terbabit sejak minggu lepas.

Abdul Hadi berkata 846 pelatih dari Kawasan keselamatan Khas yang akan ditempatkan di kedua-dua kem itu pula ditangguhkan latihan mereka ke kumpulan 3.

Keputusan itu tidak membabitkan 516 pelatih yang akan ditempatkan di kem di Semenanjung dan mereka perlu meneruskan latihan mengikut jadual seperti notis panggilan asal, katanya.

Mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Pusat Panggilan JLKN dan Bahagian Pengurusan Pelatih di talian 03-40274777/4774/4664/4646/4773/4779/4776/4131/4132/4123 atau melayari laman sesawang JLKN di www.khidmatnegara.gov.my untuk maklumat lanjut. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan