Alasan CAP Bantah Projek Terowong Dasar Laut Kurang Waras - Guan Eng

Diterbitkan: Selasa, 19 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata bantahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terhadap pembinaan terowong dasar laut atas alasan "berlaku kemalangan" adalah tidak lojik.

Lim berkata CAP tidak harus membuat kenyataan yang subjektif dan mengikut sentimen kerana presidennya S.M. Mohamed Idris tidak menghadiri dialog mengenai projek mega cadangan kerajaan negeri itu.

"Kalau CAP mahu berbincang dengan kerajaan negeri, pintu saya terbuka bila-bila masa untuk S.M. Idris. Tapi jangan sebut kerana ada kemalangan kita tak boleh bina terowong.

"Kalau macam ini jangan bina jalan kerana pun ada kemalangan. Jangan gunakan logik macam ini, saya rasa ini (alasan CAP) kurang waras," kata Lim ketika mengulas bantahan CAP terhadap cadangan pembinaan terowong itu.

S.M.Idris semalam menyuarakan kerisauan terhadap projek berkenaan terutama dari segi keselamatan.

Lim berkata keputusan terakhir untuk membina terowong itu tertakluk kepada penilaian impak alam sekitar (EIA) dan kerajaan negeri tidak akan meneruskan projek itu jika laporan EIA tidak meluluskannya.

"Satu tender yang diberikan tertakluk kepada suatu kontrak yang hanya akan ditandatangani selepas perbincangan butir-butir terperinci dalam beberapa bulan lagi. Ada lagi yang boleh diubah," katanya.

Projek mega bernilai RM6.3 bilion oleh kerajaan negeri pimpinan DAP melibatkan pembinaan empat lebuh raya utama termasuk terowong dasar laut dari Gurney Drive ke Bagan Ajam. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan