5.369 Juta Penerima BR1M Tunai Baucer - Ahmad Husni

Diterbitkan: Selasa, 19 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sehingga Isnin seramai 5.369 juta daripada 6.114 juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 telah menunaikan baucer masing-masing.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata daripada jumlah itu, 1.376 juta yang menunaikan baucer ialah individu bujang dan 3.993 juta isi rumah.

"Negeri paling ramai penerima yang menunaikan baucer ialah Selangor iaitu seramai 837,904 orang, diikuti Johor 729,124 dan Sarawak 623,673," katanya kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, Selasa.

Objektif utama BRIM 2.0 ialah untuk membantu seisi keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dengan bantuan sebanyak RM500 dan individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000 sebanyak RM250.

Pada majlis itu, Kementerian Kewangan turut menyampaikan sumbangan untuk Tabung Wira Lahad Datu Media Prima berjumlah RM60,000.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata untuk menggalakkan semangat patriotik dalam kalangan warga kementerian, satu skuad Wataniah akan diwujudkan tidak lama lagi.

"Permohonan untuk menyertai skuad itu baru dibuka, setakat ini telah menerima 30 permohonan dan kami yakin jumlah itu akan bertambah," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan