Seorang Lagi Musuh Tumpas, Operasi Pembersihan Tanjung Batu Digiatkan -Panglima Angkatan Tentera

Diterbitkan: Isnin, 18 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Operasi Daulat yang diteruskan pada Ahad dengan usaha memburu dan 'membersih' Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah, menyaksikan seorang lagi militan Sulu ditumpaskan.

Musuh ditembak mati dalam pertempuran kira-kira 10.15 pagi apabila pasukan keselamatan bertembung dengan sekumpulan penceroboh bersenjata, menjadikan bilangan keseluruhan pengganas yang terbunuh setakat ini kepada 62 orang.

Panglima Medan Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata pasukan keselamatan kini giat menjejaki tiga lagi musuh yang melarikan diri dalam kejadian itu.

"Operasi memburu saki-baki penceroboh akan diteruskan sehingga Kampung Tanjung Batu selamat dan bersih dari musuh," katanya pada sidang media bersama Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib di Felda Sahabat, Lahad Datu.

Mayat musuh yang dibunuh dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu petang ini dan diserahkan kepada pihak forensik. Dalam pada itu, Hamza berkata 80 peratus daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang telah dibawa keluar daripada kawasan Operasi Daulat selesai dibedah siasat.

Bagaimanapun belum ada indikasi daripada Manila untuk menuntut mayat-mayat tersebut walaupun tempoh tiga hari yang diberikan oleh Malaysia tamat hari ini.

Malaysia sebelum ini memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat setelah mereka menceroboh negara sejak 12 Februari lepas.

Beliau turut memaklumkan anggota keluarga Jamalul Kiram dipercayai antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Bagaimanapun, katanya operasi membanteras tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah, kerana kaum keluarga anggota militan lain tidak terlepas daripada buruan polis.

Sementara itu pengorbanan anggota pasukan keselamatan di Lahad Datu dihargai mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat kunjungan singkat ke daerah itu hari ini bagi memberi sokongan moral. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan