Rakyat Jangan Tertipu Dengan Pembangkang - Muhyiddin

Diterbitkan: Isnin, 18 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin bersemangat ketika menyampaikan ucapan pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia dan Pelancaran Gelombang Biru di Padang Awam Cheras, malam Ahad.Turut kelihatan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan.
-Foto BERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin bersemangat ketika menyampaikan ucapan pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia dan Pelancaran Gelombang Biru di Padang Awam Cheras, malam Ahad.Turut kelihatan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan.
-Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan masyarakat Wilayah Persekutuan agar tidak tertipu dengan janji yang ditabur parti pembangkang melalui manifesto yang diumumkan baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata janji dibuat pembangkang semasa pilihan raya umum 2008 juga masih banyak yang tidak tertunai seperti pemberian bantuan kepada ibu tunggal dan air percuma.

"Rakyat jangan tertipu dengan janji yang dibawa Pakatan Rakyat. Walaupun apa yang disebut itu menarik, tetapi apa yang dijanjikan pada pilihan raya umum 2008 pun tidak tertunai sehingga ada rakyat di Selangor bawa kes ke mahkamah. "Bagi rakyat Malaysia yang sudah tahu kepentingan keamanan, keselamatan dan perpaduan, bukti telah ditunjukkan Barisan Nasional (BN). Hanya BN yang mampu teruskan perjuangan bantu rakyat menjadi negara maju pada tahun 2020," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Rakyat 1Malaysia dan pelancaran Gelombang Biru Wilayah Persekutuan di depan kira-kira 50,000 anggota parti komponen Barisan Nasional di Bandar Tun Razak malam Ahad.

Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden PPP Datuk Seri M.Kayveas, Timbalan Pengerusi BN Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan MIC Datuk M.Saravanan.

Muhyiddin berkata sebab lain janji pembangkang perlu ditolak adalah seorang pemimpin kanan mereka juga pernah membuat kenyataan bahawa manifesto pilihan raya bukanlah suatu perjanjian yang perlu ditunaikan.

Muhyiddin berkata beliau turut mendapat maklum balas bahawa isi kandungan manifesto pembangkang tidak dipersetujui golongan profesional termasuk ahli perbankan. "Mereka kata jika inilah manifesto pembangkang, lebih baik sokong BN," katanya.

Sementara itu, beliau menyeru jentera BN di Wilayah Persekutuan agar mempertingkat usaha untuk merampas semula kawasan di Parlimen itu yang 'terlepas' ke tangan pembangkang pada 2008. "Kita nak tebus kekalahan, kembalikan kepada BN. Ini bukan mustahil. Saya percaya semangat terus membara. Jangan berhenti berusaha, jangan tidur, jangan buat masalah baharu. Sokong calon 100 peratus, insya-Allah akan menang besar," katanya.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pasukan keselamatan negara yang berjuang mempertahan Lahad Datu menerusi Operasi Daulat yang dilancar pada 5 Mac lepas.

Beliau turut membidas pihak yang mengeluarkan kenyataan kurang sopan berhubung insiden pencerobohan kumpulan militan bersenjata itu sebagai tidak berhati perut dan tidak berperikemanusiaan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan