Projek Terowong Dasar Laut Bukan Penyelesaian Jangka Panjang Masalah Trafik P.Pinang - CAP

Diterbitkan: Isnin, 18 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyelar kerajaan negeri yang terburu-buru mahu mewujudkan projek terowong dasar laut sepanjang 6.5 kilometer.

Presidennya S.M. Mohamed Idris berkata projek itu "bukanlah satu penyelesaian jangka panjang" kepada masalah lalu lintas di Pulau Pinang dan menggesa kerajaan negeri menimbang semula projek itu dengan memikirkan semula asas dasar pengangkutan semasa secara keseluruhan.

CAP mendakwa dasar semasa hanya memberi manfaat kepada pemilik kenderaan persendirian.

Terowong sepanjang 6.5 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney-Bagan Ajam adalah sebahagian daripada projek infrastruktur mega bernilai RM6.3 bilion termasuk pintasan sepanjang 4.6km yang menghubungkan Air Itam-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, jalan berkembar Tanjung Bungah-Teluk Bahang sepanjang 12km dan jalan sepanjang 4.2km antara Persiaran Gurney- Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, memintas pusat bandar.

Mohamed Idris menambah dalam pembinaan jalan raya, hujah yang dikemukakan adalah jalan raya akan mengembangkan rangkaian masa kini dan mengurangkan tekanan ke atas jalan-jalan sedia ada, sekali gus membolehkan lebih banyak ruang untuk pengangkutan awam dan laluan pejalan kaki.

"Hujah ini menarik tetapi ia tidak dapat dibayangkan.

"Banyak penyelidikan telah membuktikan membina lebih banyak jalan raya atau malah meluaskan jalan sedia ada adalah penyelesaian jangka pendek sahaja kerana jalan baru sentiasa akan menarik lebih banyak lalu lintas.

"Akan datang, jalan akan menjadi sesak lagi," katanya.

Katanya, berlaku kira-kira 100,000 penambahan kenderaan baru di jalan raya, setiap tahun di Pulau Pinang.

Beliau juga memberitahu bahawa jambatan kedua Pulau Pinang masih belum memulakan operasi.

"Memandangkan kesannya kepada trafik masih belum dapat dilihat, salah satu persoalannya mengapa Ketua Menteri tergesa-gesa mahu mempercepatkan pembinaan terowong dasar laut," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan