PM Ziarah Jenazah Allahyarham Tan Sri Zuki

Diterbitkan: Isnin, 18 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menziarahi jenazah Pengerusi Panel Rayuan Umno Allahyarham Tan Sri Zuki Kamaludin yang juga Pengerusi Syarikat Island dan Peninsular di rumahnya di Bandar Kinrara, Isnin. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Rawatan Sime Daby pada pukul kira-kira 5.30 petang Ahad. -fotoBERNAMA

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin menziarahi jenazah Pengerusi Panel Rayuan Umno Tan Sri Zuki Kamaluddin yang meninggal dunia, Ahad.

Perdana menteri yang tiba pada pukul 8.20 pagi disambut anggota keluarga Allahyarham Zuki dan beliau meluangkan masa kira-kira 10 minit di kediaman Allahyarham di Bandar Kinrara, Puchong, di sini.

Zuki, 77, meninggal dunia pada 5.30 petang semalam di Unit Penjagaan Koronari, Pusat Perubatan Sime Darby kerana serangan jantung selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak tiga minggu lepas.

Allahyarham meninggalkan isteri Puan Sri Zainab Yusoff dan tiga anak iaitu Datuk Dr Zamyn, 48, Zohan, 44, dan Juanna.

Dr Zamyn berkata jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Kampung Bohol di sini.

Zuki, berkelulusan Ijazah Undang-undang dari Lincoln's Inn London, menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang pada 1986 dan pernah dilantik sebagai senator pada 1995.

Alllahyarham juga merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Benta, Pahang selama empat penggal sejak pilihan raya umum 1978. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan