PM Puji Keberanian Anggota Tentera

Diterbitkan: Ahad, 17 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penghormatan kepada anggota pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana mempertaruhkan nyawa mereka bagi melindungi kepentingan rakyat Malaysia.

Najib menyatakan demikian dalam Facebooknya ketika pasukan keselamatan negara termasuk dari ATM sedang menjalankan operasi mengesan dan memburu pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Entri Perdana Menteri itu merujuk kepada mesyuarat beliau bersama pesara pegawai-pagawai tertinggi ATM semalam di mana Najib menyifatkan mereka sebagai 'anggota yang berani dengan pelbagai pencapaian ke arah melindungi negara mereka'.

Lebih 200 bekas pegawai tinggi kanan ATM menghadiri majlis itu di kediaman rasmi Perdana Menteri di Sri Perdana, Putrajaya. "Tugas mereka terletak pada bahu anggota yang tidak kurang berani yang kini berjuang untuk kita di Lahad Datu," katanya. Dalam hal ini, Najib meminta semua rakyat Malaysia menghargai usaha pasukan keselamatan negara dan menyokong mereka dalam apa cara yang boleh.

Sementara itu, dalam tweet terbaru beliau, Najib menggesa rakyat Malaysia untuk berdiri teguh di belakang setiap perjuangan anggota pasukan keselamatan negara. "Hari yang anda lalui, ingatlah apa yang pasukan keselamatan kita tempuhi. Tunjukkan empati anda dan berdiri teguh di belakang perjuangan mereka. Mereka memerlukan sokongan anda," katanya.

Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif terhadap kumpulan pengganas Sulu pada 5 Mac lepas selepas beberapa rundingan dengan kumpulan yang menceroboh Lahad Datu sejak 12 Feb lepas gagal.

Sejak konflik pencerobohan tercetus, seramai lapan anggota polis dan seorang anggota tentera terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan pengganas tersebut.

Seorang lagi anggota tentera turut terbunuh dalam kemalangan melibatkan trak tentera yang terbabit dalam Operasi Daulat. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan