PM Lancar 1Malaysia Komuniti Perwani Sebagai Ejen Transformasi

Diterbitkan: Ahad, 17 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) melambaikan tangan semasa berjalan bersama orang ramai pada Majlis Perasmian Program '1 Million Women Purple Walk' di Putrajaya pada Ahad. Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (tiga,kanan), Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua,kiri) dan isteri Puan Seri Norainee Abdul Rahman (kiri). -Foto BERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) melambaikan tangan semasa berjalan bersama orang ramai pada Majlis Perasmian Program '1 Million Women Purple Walk' di Putrajaya pada Ahad. Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (tiga,kanan), Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua,kiri) dan isteri Puan Seri Norainee Abdul Rahman (kiri). -Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad melancarkan 1Malaysia Komuniti Perwani yang akan mewujudkan 100,000 kumpulan wanita di seluruh negara yang akan bertindak sebagai ejen transformasi komuniti.

Najib yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, inisiatif baharu itu akan mewujudkan kumpulan Perwani dengan setiap kumpulan terdiri daripada 10 hingga 20 orang.

"Sebagai pengerak pelbagai aktiviti, 1Malaysia Komuniti Perwani boleh mempromosikan penjagaan kesihatan, kebajikan keluarga, kemahiran, keusahawanan dan tuisyen.

"Mereka juga boleh menjadi mata dan telinga kerajaan dalam memerangi jenayah dan ancaman keselamatan negara," katanya semasa berucap melancarkan program itu sempena perhimpunan 1 Juta Wanita atau "1Million Women Purple Walk" 2013 di sini, Ahad.

1Malaysia Komuniti Perwani terdiri daripada persatuan penduduk, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita), Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Badan kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ibu tunggal dan wanita.

Ia merupakan satu inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan untuk mempromosikan kesejahteraan masyarakat dengan mengerakkan pelbagai aktiviti yang bakal memberi faedah kepada anggota masyarakat setempat.

1Malaysia Komuniti Perwani akan bertindak sebagai penghubung masyarakat dengan pihak berkuasa bagi melaporkan atau memberi maklum balas berhubung sebarang prasarana atau kemudahan awam yang memerlukan perhatian atau penambahbaikan.

Pada majlis yang sama, Najib juga melancarkan program “Purplelicious Mobile Café" yang merupakan projek terbaru Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membantu golongan ibu tunggal menjana pendapatan.

Projek perintis itu melibatkan seramai sembilan orang ibu tunggal daripada pelbagai bangsa. Hidangan yang disediakan merupakan resipi istimewa Chef Jo, juri rancangan Master Chef Malaysia yang bertindak selaku mentor kepada para peserta.

Program “Purplelicious Mobile Café” memperkenalkan konsep jualan makanan dan minuman secara bergerak dan antara hidangan istimewa adalah 'submarine sandwich, pasta dan minuman ice blended'.

Pada peringkat awal, ibu tunggal terbabit akan mengendalikan jualan menerusi dua buah trak makanan khas di lokasi terpilih di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan