Penduduk Bantah Tindakan Kerajaan Selangor Naikkan Harga Rumah Kos Rendah

Diterbitkan: Ahad, 17 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penduduk Kampung Bunga Raya di Subang mempersoal tindakan kerajaan negeri Selangor yang menaikkan harga rumah kos rendah mereka serta mendakwa bahan yang digunakan tidak berkualiti.

Lebih 100 penduduk kampung itu bersama badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia (Nadi Rakyat) berhimpun untuk melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan kerajaan negeri gabungan PKR-DAP-PAS dalam meluluskan projek berkenaan di sini Ahad.

Presiden Nadi Rakyat M.Barath berkata penduduk kampung itu sebelum ini ditawar RM35,000 seunit untuk membeli rumah kos rendah semasa Barisan Nasional (BN) mentadbir kerajaan negeri.

Projek itu bagaimanapun terbengkalai dan diambil alih syarikat pemaju baharu pada 2010, dan rumah kos murah berkenaan ditawar semula kepada pembeli pada harga antara RM42,000 dan RM62,000 seunit, katanya kepada pemberita di tapak projek rumah kos murah tersebut di Jalan Pluto U5/139 Seksyen U5.

Beliau mendakwa penduduk mendapat maklumat polistrin diguna sebagai bahan binaan, termasuk dinding rumah pangsapuri yang dibina atas tanah kerajaan itu, dan ini menimbulkan rasa curiga penduduk berkaitan kualiti rumah tersebut.

Barath berkata penduduk amat bimbang berkaitan keselamatan projek perumahan itu dan mahu kerajaan negeri Selangor memberhentikannya serta-merta.

Sementara itu, Setiausaha Nadi Rakyat P.Balan berkata pihaknya menghantar satu memorandum berkaitan perkara berkenaan kepada kerajaan negeri pada 10 Mei tahun lepas, dan sehingga kini tidak menerima sebarang jawapan.

Beliau berkata pihaknya akan membawa kes itu kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencari jalan penyelesaian.

Seorang penduduk R.Pathmanathan, 46, berkata beliau tinggal di kampung itu sejak 19 tahun lepas dan amat kecewa dengan layanan kerajaan negeri dalam menangani masalah perumahan mereka sehingga terpaksa meminta bantuan NGO untuk menyelesaikannya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan