Malaysia Guna Saluran Diplomatik Dapatkan Maklumat Dari Filipina

Diterbitkan: Ahad, 17 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Malaysia akan mengunakan saluran diplomatik untuk mendapatkan maklumat daripada kerajaan Filipina berhubung dakwaan terdapat tokoh pembangkang di negara itu membiayai keluarga Jamalul Kiram III untuk menceroboh Lahad Datu, bulan lepas.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau ada membaca kenyataan Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin yang menyatakan kerajaan Filipina telah menemui beberapa bukti berhubung insiden itu.

"Saya ada membaca kenyataan Setiausaha Pertahanan Filipina yang menjelaskan kemungkinan besar ada bukti mengaitkan peristiwa Lahad Datu adalah angkara pihak pembangkang di sana.

"Kita harap mereka akan beri maklumat yang lebih terperinci menerusi saluran diplomatik iaitu menerusi Kementerian Luar supaya kita dapat tahu keadaan sebenar," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Helo Komoditi di Kompleks Sukan Pagoh di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Voltaire semasa pertemuannya bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Putrajaya, Khamis lepas.

Menurut Muhyiddin, sekiranya terbukti perkara itu benar, beliau berharap kerajaan Filipina akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang di negara itu.

"Namun yang penting kita juga hendak tahu jika ia ada hubung kait dengan orang di sini (Malaysia)... itu saya tidak pasti. Tetapi jika kita sudah ada laporan itu, kita akan tahu kedudukan sebenar.

"Ini kerana kita tahu kumpulan yang menceroboh itu bukan ada keupayaan tetapi apabila mereka datang ke Malaysia, dia guna senjata moden," katanya.

Katanya, hal itu sekali gus membuktikan ada pihak yang membiayai dan mendalangi pencerobohan kumpulan dari selatan Filipina itu.

Muhyiddin yang juga anggota Parlimen Pagoh berkata, jika benar terdapat pihak di negara ini yang turut sama mendalangi kejadian pencerobohan itu, kerajaan akan bertindak tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainudin dan anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang Datuk Tahir Taat. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan