Lahad Datu: Rakyat Tetap Terhutang Budi Pada Pasukan Keselamtan - Tun Mahathir

Diterbitkan: Ahad, 17 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disambut oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika beliau turun padang melawat markas PGA di Dewan Kencana, Felda Sahabat di Lahad Datu pada Ahad. Turut sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (kiri). -fotoBERNAMA
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disambut oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika beliau turun padang melawat markas PGA di Dewan Kencana, Felda Sahabat di Lahad Datu pada Ahad. Turut sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (kiri). -fotoBERNAMA

LAHAD DATU: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin rakyat tetap terhutang budi kepada pasukan keselamatan meskipun dimanipulasi pembangkang kononnya krisis pencerobohan pengganas di sini adalah satu sandiwara.

Beliau berkata rakyat tidak termakan propaganda pembangkang untuk memperkecil pasukan keselamatan kerana hakikinya, sudah sembilan nyawa terkorban, dan seorang anggota tentera maut dalam kemalangan ketika menyertai konvoi Operasi Daulat.

"Saya yakin rakyat terhutang budi dan yakin dengan semangat pasukan keselamatan kita. Ini sikap rakyat Malaysia apabila menghadapi keadaan ini, dan akan bersatu dalam mempertahan negara. "Walau ada parti politik cuba pecahkan, tetapi rakyat terus sokong pasukan keselamatan," katanya ketika berucap di Dewan Semai Bakti, Desa Kencana, Felda Sahabat pada Ahad.

Dr Mahathir turut beramah mesra dan bertanya khabar dengan 200 anggota pasukan keselamatan di dewan berkenaan. Beliau juga berharap semua rakyat, terutama di Sabah, memberi penghargaan tinggi kepada pasukan keselamatan yang bertungkus-lumus mempertahan kedaulatan negara daripada ancaman luar.

Masyarakat Sulu di Sabah juga turut menolak tindakan pengganas itu, walaupun mereka adalah sebangsa, katanya.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata Malaysia harus mempertingkat kekuatan pertahanan negara tanpa perlu bergantung kepada mana-mana pihak.

Beliau juga yakin pentadbiran di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan berusaha mempertingkat pertahanan negara mengikut kesesuaian muka bumi Sabah, dan tidak akan membenarkan serangan pengganas berlaku lagi pada masa depan.

"Saya ucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang berkorban nyawa mempertahankan negara," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan