Kit Siang “Lebih Daripada Dialu-Alukan” Bertanding Di Johor – Shahrir Samad

Diterbitkan: Ahad, 17 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad mencabar pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat untuk mengikuti Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan bertanding di Johor.

Sambil menyatakan bahawa pengikut setia DAP “lebih daripada dialu-alukan” untuk bertanding di kerusi parlimen Di Johor, Sharir menambah:

“Keputusan beliau sama ada beliau akan atau tidak akan bertanding di Johor tidak mempunyai kaitan dengan persediaan Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum.

“Kita bersedia untuk apa sahaja,” katanya kepada The Star selepas menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SJK(C) Foon Yew 4 di sini.

Akhbar The Star melaporkan bahawa Lim, yang kini merupakan Ahli Parlimen Ipoh Timur mengesahkan spekulasi bahawa beliau akan ke negeri selatan itu untuk meningkatkan peluang parti dalam pilihan raya umum.

Lim, bagaimanapun mengunci mulut mengenai kawasan pilihan raya yang akan ditandingnya tetapi cakap-cakap menyatakan bahawa beliau melihat kerusi Parlimen Kulai, Gelang Patah atau Bakri.

Lim berkata, beliau akan mengadakan “percubaan” di Johor Bahru, Batu Pahat, Kluang dan Muar semasa pertemuan dengan anggota parti di peringkat akar umbi dan para pengundi atas permintaan DAP Johor.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan