Hasrat Tanding 15 Kerusi Parlimen di Johor Bukti DAP Dominasi Pakatan Pembangkang

Diterbitkan: Ahad, 17 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Hasrat DAP mahu bertanding 15 daripada 26 kerusi Parlimen di Johor pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) membuktikan sikap dominasi parti itu ke atas PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang.

Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim berkata ia juga menyerlahkan lagi andaian bahawa tiada kesepakatan di kalangan pemimpin pakatan pembangkang dalam menentukan kerusi yang akan mereka tandingi.

"Setiap pemimpin parti dalam pakatan pembangkang membuat kenyataan sendiri, tidak seperti Barisan Nasional (BN) hanya seorang sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan berhubung sesuatu keputusan yang dibuat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penerangan anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Johor di Dewan Serbaguna Kuarters Polis Diraja Malaysia Muar di Kampung Kelantan di sini Ahad.

Mengenai hasrat tokoh veteran DAP Lim Kit Siang yang ingin bertanding di Johor, Razali berkata DAP memberi tumpuan di Johor, Sarawak dan Sabah kerana BN menguasai lebih banyak kerusi di ketiga-tiga negeri itu.

Beliau berkata Lim tahu pakatan pembangkang perlu memenangi lebih kerusi Parlimen pada PRU-13 untuk memenuhi impiannya untuk menawan Putrajaya kerana itu memberi tumpuan pada negeri yang dikuasai BN.

Terdahulu dalam ucapannya, Razali berkata rakyat atau pengundi di negara ini adalah golongan yang bijaksana dan tahu menilai antara persepsi dengan prestasi.

Beliau yakin, mereka akan memberi penilaian lebih tinggi terhadap prestasi kerajaan BN sekarang berbanding persepsi tidak baik yang cuba dicanangkan oleh pembangkang.

Ini kerana katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri sentiasa memberi penekanan kepada kebajikan rakyat berbanding pemimpin pembangkang yang didakwanya mengutamakan kuasa dan kedudukan diri sendiri. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan