Had Belanja Kempen Untuk PRU-13 Kekal Sama - SPR

Diterbitkan: Ahad, 17 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bakal calon perlu merancang had perbelanjaan semasa untuk membiayai kempen politik mereka pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, ia tidak akan menaikkan silingnya.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Omar Wan Ahmad berkata, maksimum RM100,000 dibenarkan bagi mereka yang bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan RM200,000 untuk calon yang bertanding dalam kerusi parlimen dianggap mencukupi.

Beliau turut berkata, Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tidak membawa isu itu atau tidak pula meminta supaya had berkenaan dinaikkan.

"Memandangkan tiada siapa, sama ada anggota jawatankuasa Barisan Nasional mahupun Pembangkang membangkitkan isu itu, had akan kekal sama untuk pilihan raya kali ini," katanya.

"SPR percaya bahawa jumlah itu adalah lebih daripada mencukupi," katanya kepada The Star.

"Kami tidak mahu melihat pembaziran."

Selain percetakan, Wan Ahmad berkata, calon-calon kini boleh menggunakan cara lain seperti Facebook dan Twitter untuk memastikan mesej mereka disampaikan secara menyeluruh kepada pengundi.

Beliau juga berkata, jumlah deposit yang perlu dibayar oleh calon sebanyak RM10,000 bagi calon Parlimen dan RM5,000 bagi seorang calon kerusi DUN adalah kekal sama.

Beliau berkata, ia perlu bagi SPR untuk mengutip deposit daripada calon-bagi memastikan hanya mereka yang serius akan bertanding dalam pilihan raya.

"Calon-calon juga perlu untuk memperuntukkan RM5,000 bagi membersihkan poster dan kain rentang selepas berakhirnya pilihan raya nanti."

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan