Gambar 'Aksi Mesra' Seorang Pemimpin Politik Tersebar

Diterbitkan: Ahad, 17 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Beberapa keping gambar aksi mesra seorang pemimpin politik bersama seorang lelaki disiarkan menerusi beberapa laman blog awal minggu ini.

Gambar tersebut yang dipercayai diambil dari rakaman video, disiarkan dalam sebuah blog.

Tiada maklumat lain dimuat turun dalam blog tersebut.

Kira-kira 13 keping gambar yang diambil dari video dalam bentuk hitam putih menunjukkan seorang lelaki menyerupai pemimpin politik mencium seorang lelaki berpakaian putih.

Mereka berpelukan antara satu sama lain, dan lelaki mirip pemimpin politik itu bermesra dengan pasangannya.

Terdapat juga gambar pemimpin politik itu dalam keadaan berbogel dan berjalan di sekeliling bilik, dipercayai di dalam sebuah bilik hotel.

Beberapa gambar itu disiarkan pada Khamis lalu dan turut dimuat turun oleh pemilik blog.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan