Bekas Pegawai Tentera Perlu Simpan Rahsia -Persatuan Bekas Tentera

Diterbitkan: Ahad, 17 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin tentera perlu menyimpan rahsia negara walaupun tidak lagi berada dalam perkhidmatan, menurut dua persatuan bekas tentera pada Ahad.

Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) dan Persatuan Peniaga-peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor hari ini kesal dengan tindakan beberapa bekas pegawai tertinggi tentera yang mengkritik kerajaan serta pasukan tentera secara terbuka baru-baru ini.

Presiden Persatuan Peniaga-peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor, Mohd Shahni Ismail berkata selepas bersara, bekas tentera seharusnya sentiasa mendukung kedaulatan negara seperti mana ketika masih dalam perkhidmatan.

"Apa yang kita tengok mereka (bekas jeneral) ini membelakangkan kerajaan, sedangkan semasa berkhidmat mereka telah melafazkan sumpah taat setia dalam menyimpan rahsia negara yang mana tidak boleh dibocorkan sehingga hujung nyawa sekali pun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pertama persatuan itu, di sini, Ahad.

Beliau berkata sepatutnya bekas-bekas jeneral ini membantu negara dalam memberi nasihat dan pandangan bagaimana hendak mengatasi pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah daripada menpersoalkan tindakan kerajaan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Presiden PVTM Mohd Ali Baharom berharap kerajaan tidak bertolak ansur dan mengambil tindakan guaman terhadap mereka yang didapati cuba mengkucar-kacirkan negara. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan