Tubuh RCI Hanya Selepas Isu Keselamatan Selesai - Khairy

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin menyarankan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dalang pencerobohan di Sabah hanya dilakukan selepas isu keselamatan di kawasan itu selesai sepenuhnya.

"Sekarang ni saya rasa terlalu awal untuk kita buat sebarang siasatan, yang penting sekarang ini kita menyokong usaha pasukan keselamatan untuk menyelesaikan tugas mereka.

"Yang minta diadakan siasatan datang daripada pihak yang banyak mempertikaikan apa yang sedang berlaku," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran 'BN Pilihan Orang Muda' serta jentera Pemuda dan Puteri negeri Melaka yang dilakukan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sini, Sabtu.

Khairy diminta mengulas gesaan pelbagai pihak yang mendesak kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat dalang sebenar pencerobohan pengganas dari Sulu berkenaan.

Sementara itu, Mohd Ali berkata sokongan golongan muda terhadap B Nkhususnya di Melaka, dilihat semakin meningkat dan mampu memberikan kemenangan kepada parti itu pada pilihan raya umum ke-13.

Katanya golongan muda mahukan parti politik yang mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan harmoni serta maju bagi menjamin masa depan mereka.

"Ini hanya mampu dilakukan oleh BN dan bukannya parti pembangkang yang melakukan perkara-perkara luar kebiasaan seperti demonstrasi jalanan yang menimbulkan suasana tegang," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan