Tiada Pihak Boleh Pertikai Tindakan Pasukan Keselamatan Tangani Pencerobohan di Sabah - PM

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (kanan) dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin (kiri) melaungkan 'Gelombang Merah' pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tanah Merah pada Jumaat. - foto BERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (kanan) dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin (kiri) melaungkan 'Gelombang Merah' pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tanah Merah pada Jumaat. - foto BERNAMA

TANAH MERAH: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiada sesiapa boleh mempersoal tindakan pasukan keselamatan dalam menangani penceroboh militan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, sama ada dari segi prinsip undang-undang antarabangsa mahupun hukum agama.

Perdana Menteri berkata Malaysia memang di pihak yang benar dalam mempertahan kedaulatan negara daripada penceroboh terbabit.

"Kerajaan memang amat prihatin dalam hal ini dan apa yang kita lakukan, pertamanya memberi peluang kepada pihak penceroboh untuk berundur diri, adalah bersesuaian dengan kaedah dalam Islam.

"Bukanlah kita nak melihat pertumpahan darah, bukan kita ingin melihat nyawa terkorban, tetapi apabila kita diperangi oleh mereka, maka mengikut ayat yang dibaca dalam khutbah tadi, kita wajib mempertahankan (diri) sekiranya kita dianiaya, kita diperangi....

"Tiada sesiapa yang boleh mempersoalkan hak kita, sama ada dari segi prinsip undang-undang antarabangsa mahupun hukum agama," katanya pada majlis jamuan rakyat selepas solat Jumaat di Masjid Mukim Batu 11, di sini Jumaat.

Lapan anggota polis dan dua tentera gugur dalam Operasi Daulat untuk mengusir penceroboh di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Perdana menteri yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini berkata oleh itu, jangan ada sesiapa yang menidakkan usaha yang dilakukan itu, sama ada bagi pihak kerajaan ataupun oleh pasukan keselamatan.

"Bukanlah ini masanya, malah ini kewajipan di sisi agama untuk kita berdiri teguh dan memberi sokongan yang padu kepada pasukan keselamatan, kerana merekalah kita dapat mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta, sebab itulah saya tidak ragu-ragu untuk memberi apa juga pertimbangan yang boleh untuk menjaga kebajikan tentera dan polis dan pihak keselamatan kita," katanya.

Najib berkata perwira negara yang gugur di medan perjuangan di Lahad Datu dan Semporna baru-baru ini ditakrif mati syahid akhirat berdasarkan ketentuan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sementara itu, beliau berkata keputusan beliau lima tahun lepas untuk menaik taraf pasukan Askar Wataniah kepada Rejimen Sempadan membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membela kebajikan anggota tentera di negara ini.

Beliau berkata langkah itu membolehkan anggota tentera terbabit menikmati kemudahan sebagaimana anggota tentera tetap yang lain, seperti layak menerima pencen selepas berkhidmat 21 tahun dan pinjaman perumahan.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Panglima Briged Kelapan Infantri Brig Jen Datuk Mohamad Zaki Hamzah. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan