Rakyat Pulau Pinang Adakan Protes Isu Rumah Mampu Milik

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Ribuan rakyat di Pulau Pinang pada Sabtu berkumpul secara aman di 10 lokasi di sekitar negeri itu bagi meminta penjelasan kerajaan negeri berhubung isu perumahan kos rendah dan mampu milik.

Demonstrasi anjuran Sekretariat Rakyat Bersatu Pulau Pinang itu bermula serentak pada 9 pagi di Jelutong, Nibong Tebal, Batu Kawan, Bukit Mertajam, Bayan Baru, Permatang Pauh, Bagan, Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Balik Pulau.

Jurucakap sekretariat yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan Insan Mulia Aminah Abdullah berkata sepanjang lima tahun mentadbir negeri, kerajaan pimpinan DAP itu gagal membuktikan mereka membina rumah kos rendah dan sederhana.

"Setiap kali isu ini dibangkitkan mereka akan berdolak-dalik dan terus menipu untuk mengelirukan rakyat," katanya ketika ditemui selepas mengadakan demonstrasi aman berhampiran Pasar Jelutong, di sini.

Sementara itu, anggota sekretariat V.Rajendran, 40, berkata isu perumahan di Pulau Pinang semakin membimbangkan kerana harga rumah melambung secara mendadak menyebabkan golongan muda berpendapatan rendah tidak mampu membeli rumah.

"Semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN), kerajaan negeri telah tetapkan pemaju yang mahu bina projek perumahan di negeri ini wajib membina 30 peratus rumah kos rendah supaya rakyat miskin tetapi dapat memiliki rumah.

"Tetapi sejak mereka (pembangkang) perintah Pulau Pinang nasib orang miskin terus dipinggirkan, kerajaan negeri yang ada sekarang ini hanya buat rumah untuk orang kaya iaitu bernilai RM400,000 ke atas sahaja," katanya selepas demonstrasi di Kepala Batas, dekat sini.

Shamsudin Ismail, 56, pula berkata harga rumah yang melampau menyebabkan ramai penduduk di negeri itu tidak mampu membeli rumah sekalipun mempunyai pekerjaan yang baik.

Rohaya Abu Ismail,40, berkata isu serupa turut melanda kawasan tanah besar seperti di Seberang Perai.

"Sebagai contoh, harga rumah di kawasan Seberang juga dijual antara RM300,000 hingga RM400,000 dan kami tidak berkemampuan untuk membeli kerana harga mahal. Lima tahun lepas rumah yang sama harga dalam RM100,000 sahaja.

"Apakah ini hadiah paling istimewa kerajaan negeri pimpinan (Ketua Menteri) Lim (Guan Eng) untuk rakyat miskin Pulau Pinang?," katanya yang ditemui selepas demonstrasi di Juru, dekat sini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan