Pengunjung Matta Fair 2013 Ambil Kira Faktor Pilihan Raya Sebelum Tempah Tiket Percutian

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kewajipan untuk mengundi menjadi keutamaan bagi ramai rakyat Malaysia yang sanggup menangguh percutian mereka sehingga pilihan raya umum ke-13 selesai.

Bagaimanapun, ia tidak menjejaskan Pameran Persatuan Agensi-agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia 2013 (Matta Fair) kerana selepas pilihan raya masing-masing akan bertukar kepada 'mood' melancong.

Pameran yang dibuka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sejak Jumaat penuh sesak dengan warga tempatan dan asing yang hadir untuk mendapatkan pelbagai tawaran dan pakej yang disediakan.

Pengurus, William Chow, 41, merancang percutian selepas pertengahan tahun ini kerana berhasrat untuk melaksanakan hak demokratiknya terlebih dahulu.

"Susah jika jika percutian saya bertembung dengan pilihan raya dan saya akan membatalkannya," katanya.

Pengurus besar, V. Vicki, 28, telah menangguhkan lawatan beliau ke India sehingga selepas pilihan raya, yang dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

"Sebagai rakyat Malaysia, ia adalah hak kita untuk mengundi. Oleh itu kita mesti menggunakan (hak) sepenuhnya," katanya.

Pengurus Besar Energy Holidays Sdn Bhd Lilian Choi berkata pihaknya telah menerima banyak pertanyaan untuk perjalanan pada sebelum atau pada bulan April sama ada mereka boleh mendapatkan bayaran balik atau menukar jadual perjalanan mereka jika pilihan raya diadakan pada bulan tersebut.

"Kebanyakan memutuskan untuk mengambil pakej pelancongan selepas April kerana mereka mahu berada di negara ini semasa pilihan raya," katanya.

Beliau menambah kebanyakan pelanggan mahu melancong antara bulan Mei dan Jun ke Eropah, Rusia dan Hong Kong.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Harmony Tour & Travel Sdn Bhd Huang Phang Lye berkata pakej percutian yang ditawarkan mereka bermula dari akhir Mac hingga Oktober.

"Setakat ini, kebanyakan pelanggan mahukan perjalanan bermula pada Mei dan ke atas."

Presiden MATTA Datuk Mohd Khalid Harun berkata pilihan raya umum tidak akan menjejaskan jualan mereka tahun ini.

"Malah pada hari ini (Jumaat), kehadiran orang ramai sangat menggalakkan kerana biasanya suasana tidak sibuk pada hari bekerja," katanya.

Beliau menegaskan pada tahun 2004, MATTA Fair telah diadakan semasa pilihan raya umum.

"Ia telah menarik perhatian ramai. Jadi, ia bukanlah satu faktor," katanya.

MATTA Fair 2013, yang bermula Jumaat, akan berakhir Ahad.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan